Shila Amzah Gembira Terima Lamaran Sharnaaz Ahmad

Shila Amzah mengkui dia lebih positif dan gembira walaupun dihimpit kontroversi mengenai pergaduhan dia dengan kekasihnya , Sharnaaz Ahmad di twitter. Tak lama selepas pergaduhan mereka, Shila menulis di laman twitternya yang dia menerima lamaran kekasihnya , kemudian tak lama lepas tu Shila memadam status berkenaan.

Shila mengakui dia  jenis yang suka berkongsi sesuatu buat peminat tetapi ada perkara yang dia patut simpan dan tidak terlalu mendedahkan kepada umum.

dipetik dari gua.com.my

Apa komen Shila mengenai Sharnaaz Ahmad

“Sharnaaz seorang yang ‘very outspoken’. Kita berdua sudah mempelajari dari kesilapan lalu. Saya harap peminat boleh doakan semoga semuanya berjalan lancar untuk kami.”

 

“Apa yang berlaku itu merupakan satu proses pembelajaran buat saya. Saya seorang yang ‘very open’ dan rapat dengan peminat di Twitter. Apa yang terlintas di hati, saya akan kongsikan dengan mereka. Sehinggakan saya kadang-kadang terlupa saya seorang ‘public figure’

Sekarang saya perlu hadkan apa yang hendak dikongsi. Ada sesetengah perkara yang perlu disimpan ‘private’. Bila masanya sesuai, saya akan kongsikan.

“Belajar dari kesilapan. Itu nasihat ayah. Jangan diulangi kesilapan itu. ‘It will only be a mistake if we repeat it’.”

 

Sharnaaz sudah melamar Shila, perasaan Shila kini

“Benda itu sesuatu yang manis bagi saya. Kita tengok sajalah ‘in the future’. Nanti hilang ‘surprise’-nya,” ujar Shila sambil tersenyum.

Apa azam tahun baru 2013

“Ia mungkin kelihatan ‘impossible’ tetapi dengan usaha keras dan berkat doa, semua perkara boleh menjadi ‘possible’. Banyak yang saya dapat tahun ini tetapi itulah manusia, kita tidak pernah rasa cukup. Selain mengeluarkan album, saya ingin buat satu showcase yang dapat gabungkan rakyat Malaysia.

“Dari segi peribadi, saya mahu bahagia bersama keluarga. Dan saya ingin kurangkan cerita percintaan saya.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold