Sharnaaz Jawab Isu Biadap, nak kahwin dengan anak bukan dengan bapa

Sharnaaz Ahmad diminta mengulas kenyataan dari bapa Shila Amzah, iaitu Nd lala, berkenaan rombongan merisik yang dijangka pada bulan mac nanti. Nd lala ada membuat kenyataan balas apabila Sharnaaz mahu berkeras menghantar rombongan merisik sedangkan Nd lala belum bersedia berbincang hal perkahwinan anaknya Shila Amzah.

Nd lala meminta Sharnaaz jangan biadap untuk meneruskan niatnya menghantar rombongan merisik dan henti membuat kenyataan menyebut Shila ialah bakal isterinya , sedangkan belum ada sebarang kata putus dari pihak Nd Lala.

Melalui laman web murai.com.my, Sharnaaz Ahmad pula membuat kenyataan yang mana bunyinya memang keras dan bagai mencabar Nd lala bersemuka dengannya dan jangan melarikan diri berbincang hal tersebut. Menyirap jugak baca kata kata dari Sharnaaz ni..walaupun admin bukan bapa Shila..tergamak Sharnaaz keluarkan kenyataan pedas ..isu dah jadi semakin tegang nampaknya…Sharnaaz beria ia nak tamatkan zaman bujang tahun 2014 dan bapa Shila pula masih tak mahu melepaskan anaknya.

baca kenyataan dari Sharnaaz yang pedas ni

“Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.

“Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki,” kata Sharnaaz Ahmad kepada murai.com.my sebentar tadi.

Jelas Sharnaaz Ahmad lagi, sepertimana orang lain, dia juga mempunyai ibu bapa.

“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

“Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

“Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.

“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?

“Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat,” kata Sharnaaz lagi.

Sambung Sharnaaz lagi, dalam hal ini, dia juga berharap pihak media akan bertanya pada Shila Amzah.

“Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri,” katanya yang mengakui sudah lama tidak bertemu dengan Shila kerana kesibukan masing-masing.

Awal pagi ini, pihak Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan ND Lala yang menegur sikap pelakon filem Juvana, Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila apabila dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila pada Mac ini sekalipun dihalang bapa penyanyi terbabit.

sumber : murai.com.my

 

tak paham lah apa maksud kata Sharnaaz

selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.

“Banyak orang pun kenal siapa dia (Nd lala), tapi orang malas hendak cerita..

Sharnaaz kata Nd lala kecoh di media, yang dia ayik sebut bakal isteri bakal isteri kat Shila, bukan ke dia yang kecoh mencanag dulu kat media yang dia nak merisik. Nd lala pulak macam tak suka kat Sharnaaz, sampai nak merisik pun dia tak bagi..bukan nak tunang lagi. Mungkin sebab Sharnaaz mulakan dulu di media, jadi Nd lala pun jawab kt media lah.

alahai Shila pilih pilih lah bakal suami yang betul, kalau begini cakap bakal menantu pada bakal pak mertua..bahaya jugak ni

Artikel lain: Nd lala minta Sharnaaz jangan biadap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Sharnaaz Jawab Isu Biadap, nak kahwin dengan anak bukan dengan bapa”

  1. marz says:

    ape lah mamat bajet bagus ni buat kat Shila sampai tergila gilakan mamat psiko ni

  2. punah says:

    padan muka kau Sharnaaz, lepas ni sure nd lala reject ko awal2 lagi
    kurang ajar sangat!!
    bahasa cam samseng ptt lah maki sakai kat gefren dia

  3. kiki says:

    Sharnaaz nak merisik je pon , nape ayah Shila tak nak, nanti cakap je tak setuju kalau dh tak nak

  4. aiseyman says:

    Dua dua tak reti..kecoh kecoh kat paper buat apa
    Cakap je kat mak bapa laki, kalo dah tak nak.
    cakap jgn datang ni duk kecoh dlm paper..

  5. zzzaaa says:

    belum kahwin macam orang dah kawen
    maki maki kekasih , pegang pegang peluk peluk
    lepas tu tuduh bapa kekasih dia macam2

    agak2 Nd Lala nak terima ke jadi menantu

    kesian mat bangla ni

  6. nnadiya says:

    bapa Shila pun satu, dari dibiar anak buat dosa dengan jantan..bagi je la nikah

    • skyjuice says:

      Nd lala tahu yang Sharnaaz ni tak sesuai untuk jd suami anak dia..
      sebab tu dia tak suka awal lg

      kahwin tanpa restu ibu bapa tak bahagia..renung renungkan lah

    • irma gile says:

      buat dosa??? kenapa nak buat dosa, pelik pelik betul kamu ni, ingat Allah sikit..tiada alasan untuk buat dosa bagi orang islam, betulkan akidah kamu ni, sebelum terlambat

  7. irma says:

    Betul kata shanaz, kite dgr pndapat shila pulak. Yg nk kawin shila bukan bapak dia. Dua dua dah suka, izinkan aje .

  8. irma gile says:

    kelakor betul korang ni, kalau shanaz betul betul nak anak ndlala, tak perlulah malukan bapak dia,buat cara elok, lama lama nd sukala, kena la berkorban sikit dan amik masa untuk buktikan dia boleh jadi suami kepada anak dia, buat cam ni awal awal dah tunjuk perangai sebenar, kelakor la org melayu ni..pelik kerana backing si shanaz pulak..cara dia kurang ajar, jagn kerana cinta konon korang backing dia, kurang ajar tetap kurang ajar.. isu kat sini bukan kerana shila dah suka atau ndlala tak suka..isunya cara dia tak betul, hormat sikit kat makbapak yang melahir dan membesarkan shila.. kesian masyarakat melayu ni, cakap senang, izinkan kalau dua dua dah suka..semua dah nak lupakan mak bapak, bila dah bercinta…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold