Sahabat selamanya – Zizan beri ciuman persahabatan pada Johan

Pada persembahan final Maharaja Lawak Mega 2012 Jumaat lalu, Jozan berjaya menjadi juara MLM. Seperti yang dijangkakan ramai, Jozan dan Jambu 2 pasukan yang bersaing sengit. Rezeki menyebelahi Jozan. Zizan nampak begitu sedih dan sebak, apatah lagi, menjelang minggu akhir MLM,  sahabat baiknya Johan yang terpaksa dibedah dan meninggal dia bertarung sendirian atas pentas MLM, tentu memberikan tamparan  hebat buat Zizan dan juga dia perlu menggalas tanggungjawab untuk terus mengekalkan Jozan atas pentas MLM hingga ke final. Lega Zizan bila Johan kembali semula di saat akhir walaupun Johan masih bertongkat. Semangat dia tetap kuat.

 

Rasa rindu je nak lihat persembahan Jozan berdua atas pentas, bila nampak Zizan sorang rasa nak tengok Johan sekali.

Johan bergambar bersama piala kemenangan  MLM

Zizan dan Johan bukan sahaja kumpulan lawak yang paling diminati tetapi mereka juga sahabat sejati yang saling memberikan semangat , dorongan kepada diri masing2 untuk berjaya dalam kerjaya mereka. Hubungan erat mereka, kasih sayang mereka sebagai sahabat jelas dapat dilihat..

dan paling terharu ialah apabila Zizan memberikan ciuman persahabatan kepada Johan semalam selepas habis buat persembahan untuk tema muzikal, secara spontan saja..peminat pun terharu dan ada jugak yg turut sebak jugak tengok dua sahabat baik ni.

gambar Zizan cium pipi Johan

Sahabat selamanya lagu Upin Ipin dimainkan dalam persembahan mereka, lambang persahabatan selamanya Jozan.

Saya pun rindu pada shabat karib saya yang sudah lama  tak jumpa.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Sahabat selamanya – Zizan beri ciuman persahabatan pada Johan”

  1. Mama Hanim says:

    best ada sahabat baik kan.. tetiba teringat zaman study dulu dulu..huhu.
    Mama Hanim recently posted..Durian Crepe Sangat Sedap Dapat Free Bertambah Sedap

  2. akubiomed says:

    Harap mereka menjadi sahabat sejati selamanya.
    akubiomed recently posted..Badminton Terbuka Malaysia 2013 milik Lee Chong Wei

  3. ina says:

    im touched with johan and zizan’s friendship, they proved me that longlasting friendship really exist.

  4. isyeerah says:

    serius aku tak faham kenape ada yang tuduh mereka ni gay sedangkan itu tanda nilai sbg sahabat

  5. batrsya says:

    johan dan zizan sangat sweet. terharu melihat mereka, tinggi sungguh nilai persahabatn mereka..saya pun nak jugak mcm tu

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold