Raja Azmi Akui Bercinta Dengan Pemuda Berusia 27 Tahun

Raja Azmi  bekas isteri kepada Jalani Sidek juga seorang pengarah filem mengakui dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang pemuda berusia 27 tahun yang juga seorang pemuzik. Kata Raja Azmi lagi pemuda itu sangat matang dan perhubungan mereka direstui oleh anak-anak Raja Azmi dan juga keluarga pemuda berkenaan.

Raja Azmi yang berusia 53 tahun,  memberitahu lagi di laman web murai.com.my,bahawa cerita percintaan mereka memang benar seperti digembar gemburkan

“Gosip tersebut benar. Yes, I’m In Love With A Young Man dan apa yang saya suka tentang diri dia adalah kerana dia seorang yang sangat matang. Malah, dia juga seorang yang benar-benar caring.

“Walaupun saya lebih berusia daripada dia, tapi dia tidak pernah buat saya rasa diri saya ini tua. Sebaliknya, dia selalu buat saya rasa diri saya ini masih muda. Dan, dia pulak yang carry diri dia macam orang tua. Dah macam terbalik pulak,

“Sesetengah orang mungkin akan beranggapan bahawa hubungan kami ini masih terlalu baru untuk dinilai. Namun, bagi saya, cepat atau lambat itu bukanlah isunya. Yang penting di sini adalah perasaan yang dikongsi kami berdua.

“Perkenalan saya dengan bekas suami, Jalani Sidek pun tidak sampai sebulan juga. Lepas itu, dia terus meminang saya. Hasilnya, rumahtangga kami mampu bertahan selama 28 tahun. Dan, bercinta dengan lelaki muda juga bukanlah sesuatu yang baru buat saya kerana Jalani sendiri sebenarnya muda 5 tahun daripada saya,” katanya penerbit filem …Dalam Botol, Haru Biru serta Black Widow ini.

Jelas Raja Azmi lagi, keluarga dan anak-anak sudah pun mengetahui tentang hubungannya bersama pemuzik muda tersebut.

“Saya bersyukur kerana mereka merestui hubungan saya dengan dia,”

 

sumber: murai.com.my

Artikel lain: Raja Azmi sudah berjumpa ibu kepada kekasihnya

Raja Azmi nak lawan cik Ta ke…ingatkan kisah panas Cik Ta dengan Zain Saidin je sekarang ye, lagi hot lagi dengan cerita cinta Raja Azmi ni ye..pelawak Rosnah Mat Aris juga berkahwin dengan pemuda berusia 27 tahun dulu kalau ada yg masih ingat, Rosnah ketika itu berusia 52 tahun. Dah jodoh kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Raja Azmi Akui Bercinta Dengan Pemuda Berusia 27 Tahun”

  1. hkkjk says:

    dah menopous pun, budak 27 tahun tu tak mau anak sendiri ke, macam mana nak sambung zuriat..ish2

  2. furyoo says:

    dah jodoh dia doakan lah yg terbaik

  3. mizal says:

    secara lumrahnya manusia berkahwin inginkan zuriat lainlah kalau pemuda tu tak nak anak pulak
    bukan nak mengata tetapi perempuan lanjut usia tak sesuai nak mengandung dan tak boleh mengandung bila menopause

  4. yuyu says:

    hilang akal pe pompuan ni atau nak cari publisiti sebab filem kontroversi dah takde

  5. dik non says:

    baik jaga cucu je le kak mi oii, berangan nak jadi muda ke

  6. liplaplip says:

    kesiannya budak malang tu..apa le dijampi kat budak tu

  7. liplaplip says:

    geli geleman aku baca kejap cite nih hahahah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold