Pakej Komunikasi Belia- Tiada Had Harga Beli Telefon Pintar

Setelah mendapat pelbagai reaksi dari penetapan harga telefon pintar RM500 untuk mendapatkan Rebat RM200 ,berita terbaru  kerajaan telah menetapkan belia 21-30 tahun boleh membeli apa juga jenis telefon pintar tanpa menghadkan harga telefon. Sebelum ini ada rungutan yang belia tidak banyak pilihan untuk mendapatkan telefon pintar yang dikehendaki kerana had harga telefon setakat RM500.

7 Syarikat telco terlibat dalam skim Pakej Komunikasi Belia

1. Celcom

2. Clixster,

3.DiGi,

4.Maxis,

5.Tune Talk,

6.U Mobile dan

7.YTL Communications.

Pendaftaran Online PKB di SKMM

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari jam 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang

   https://komunikasibelia.skmm.gov.my/

 Isi borang pra pendaftaran

Untuk memudahkan proses pendaftaran, borang pra pendaftaran perlu diisi secara atas talian di laman sesawang  https://komunikasibelia.skmm.gov.my/ . Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.

Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.

 

Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.

 

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:

  • Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
  • Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika ada sebarang pertanyaan.

sumber- BERNAMA dan SKMM

 

Jadi para belia boleh beli jenama apa yang disukai, SKMM juga menasihati para belia supaya menggunakan sebaiknya , beli ikut kemampuan bukan selera masing masing ye.

 

 

Tune Talk , Yes Plan dan U mobile pakej telefon pintar untuk Belia

nurizspace

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Pakej Komunikasi Belia- Tiada Had Harga Beli Telefon Pintar”

  1. faziuan says:

    laman web skmm masih tak boleh masuk lagi

    baguslah kerajaan tak had harga, byk pilihan sikit nak beli

  2. akubiomed says:

    Berita yang mengembirakan kepada belia yang layak.
    akubiomed recently posted..Terkini rebat RM200 tiada had harga SmartPhone

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold