Pakej Komunikasi Belia & Rebat RM200 , Penjual dan Belia Masih Lagi Kabur

Tarikh 1 Januari 2013, dijanjikan bermula pendaftaran untuk belia memiliki rebat RM 200 untuk pembelian telefon pintar berharga Rm500 (Pakej komunikasi Belia)  (kemaskini Pembelian telefon TIADA HAD harga). Belia yang berumur 21 hingga 30 tahun boleh mendaftar di laman web SKMM  bagi proses pembelian telefon pintar , tetapi hingga pagi ini laman web tersebut tidak dapat diakses. 

Mungkin sangat ramai belia berpusu pusu nak daftar online agaknya atau ada lagi perkara yang tidak lagi jelas , contohnya senarai telefon yang sesuai untuk dibeli.

Kekeliruan di kalangan penjual telefon

Utusan Malaysia melaporkan tinjauan di sekitar Bukit Bintang, para penjual telefon tidak tahu mengenai pemberian rebat Rm200 kepada belia. 

Ada juga penjual telefon  yang beranggapan pembeli perlu  mendaftar dan membeli secara terus dalam talian, bukannya di kedai-kedai telefon.

Pembeli juga masih lagi belum dapat maklumat yang tepat cara -cara nak daftar online dan bagaimana proses pembelian. 

 

Senarai harga telefon yang sesuai dengan pemberian rebat itu pun masih lagi belum dikeluarkan. Walaubagaimana pun ada beberapa syarikat telco telah menyediakan pakej komunikasi untuk belia membeli telefon dengan rebat RM200.

Artikel lain : Kerajaan tak hadkan harga telefon pintar

Antaranya ialah dari Tune Talk, Yes Plan, dan U mobile.

Anda boleh layarai laman web berkenaan untuk mengetahui pakej dan jenis telefon yang ditawarkan oleh pihak mereka.

U mobile - http://www.u.com.my/prepaid/youth-communication-package

Tune talk  http://www.tunetalk.com/services/pkbabout

Yes Plan - http://www.yes.my/v3/personal/plans/prepaid/pakej-komunikasi-belia/bm.do

 

Di Yes plan pula, belia dikehendaki mendaftar pra pendaftaran di laman web SKMM

Cetak borang yang siap diisi kemudian

Pergi ke Yes store dan bawa bersama kad pengenalan atau kad pelajar jika ada, bersama no siri seperti di dalam borang daftar. ( Anda boleh layari laman web Yes Plan untuk keterangan lanjut. )

 

Syarat syarat untuk belia mendapatkan Rebat telefon RM200

SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam laman webnya:

-    Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.

-   Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.

-    Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.

-    Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.

-    Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia ( daftar dengan kad pengenalan dan maklumat yg tepat)

sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pakej Komunikasi Belia & Rebat RM200 , Penjual dan Belia Masih Lagi Kabur”

  1. akubiomed says:

    Baru pertama kali diperkenalkan bantuan rebat RM200 mungkin ada hiccup sana sini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold