Nd Lala Minta Sharnaaz Jangan Biadap

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang sebelum ini membuat kenyataan dia mahu juga menghantar rombongan merisik Shila Amzah, biarpun ayah Shila iaitu ND Lala belum memberikan kata putus, Nd Lala dilihat mahu kerjaya Shila Amzah lebih diutamakan kerana Shila masih muda dan baru nak melangkah lebih jauh apabila berjaya di Shanghai.Nd lala begitu kesal dengan kenyataan Sharnaaz yang berdegil mahu menghantar rombongan merisik.

Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.”

“Kalau Shila mahu kahwin sekalipun, saya walinya, bukan Sharnaaz yang menentukan itu isterinya,” ujar ND Lala menerusi laporan Harian Metro hari ini.

Dalam pada itu, ND Lala turut berulang kali mengingatkan Sharnaaz supaya jangan biadab dan menasihatkan pelakon tersebut agar mengikut segala adat dan agama kerana berkahwin adalah suatu perkara yang serius.

“Dia (Sharnaaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Sharnaaz turut malu dengan tindakannya itu.

“Ini nasihat saya kepada Sharnaaz, ibu dan bapa Shila masih hidup, kita ada adat dan agama, jadi jangan memandai-mandai.

“Tolong jangan biadab, hormati kami sebagai ibu bapanya. Ini bukan perkara main-main, melainkan kalau mereka ingin kahwin lari,” tegas ND Lala penuh kesal.

Dalam artikel sebelum ini di sebuah akhbar Harian Metro, Nd lala pernah memberitahu dia belum kenal secara peribadi tentang Sharnaaz Ahmad
“Saya tidak kenal Sharnaaz secara mendalam. Jadi, tidak adil untuk saya beri komen sama ada suka atau tidak kepadanya. Tidak timbul soal jodoh atau perancangan masa depan mereka kerana tidak pernah berlaku perbincangan antara kedua-dua keluarga,”
ND Lala mahu lebih mengutamakan karier anaknya itu daripada mengambil tahu hal remeh mengenai peribadi Shila.”12 tahun dia menanti saat ini. Takkan dia nak lepaskan peluang yang ada dengan maslaah peribadi? Soal kontraknya dengan pihak di China, saya yang uruskan dan ini soal perniagaan. Jadi, saya cakap padanya, buang perkara remeh yang boleh menjejaskan kariernya.”

“Dia masih muda dan apabila meraih kejayaan, dia jadi teruja sampai terkeluar ungkapan tidak sepatutnya. Tetapi dia sudah belajar daripada kesilapannya.”

Tambahnya lagi, tidak pernah timbul soal dia menghalang anaknya itu berkawan dengan sesiapa kerana itu kehendaknya, namun dia akan mengambil tahu kerana Shila masih menjadi tanggungjawabnya sebagai bapa selagi anaknya itu belum berumah tangga.

………………………
Alahai Sharnaaz , bersabar sabar lah nak kahwin pun, hormati orang tua. Bila tengok Sharnaaz berlakon samseng dan panas baran…emm terfikir pulak…agaknya memang karektor dia di luar pun mcm tu ke?
nak anak kenalah tackel hati bakal pak mertua dulu, kalau awal2 dah tunjuk keras kepala..haih mcm payah je…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold