Nazmi Faiz Dakwa Bekas Kekasih Ada Hubungan dengan Aidil Zafuan

Ini bukan cerita sukan tetapi mengenai kisah cinta pemain sukan yang agak hot. Nazmi Faiz atau Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang pernah  tersenarai sebagai penjaring gol ke 7 terbaik dunia mendakwa bekas kekasihnya ada hubungan dengan Aidil Zafuan, suami Rita Rudaini. Nazmi mendakwa di dalam twitternya dengan menulis perihal hubungan bekas kekasihnya Tengku Fella dengan Aidil.

Tengku Fiella berusia 21 tahun , seorang model berasal dari Kelantan.

Melalui laman web hiburan rotikaya,  Nazmi Faiz menulis dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini.

“She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,” tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi.

Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu.

Gambar Nazmi dan Tengku Fiella

Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun di’padam — satu lagi kes akaun di’ceroboh? Apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini?

Rotikaya kemudian mendapatkan penjelasan dari Tengku Fiella mengenai tuduhan Nazmi, dia berkata Nazmi sengaja menulis sesuatu yang buruk tentang dirinya dan hubungan mereka sudah putus 2 minggu lepas. Fella juga menafikan dia ada hubungan dengan Aidil.

komen Fiella apabila ditanya oleh  pihak rotikaya

I kasihankan Aidil Zafuan apabila di’kaitkan kali ini. Isu dia dengan isterinya (Rita Rudaini) pun belum selesai bertambah pula dengan cerita yang di’bawa entah siapa siapa.

Nazmi mahu tulis benda buruk di twitter

Ya. I terkejut bangun pagi pagi dengan berita sebegini. Dua tiga hari ini Nazmi ada hubungi I tetapi kerana I tak layan dia mula ugut untuk menulis macam macam pasal I di Twitter.

Dia siap beritahu I,”Baik kau angkat telefon atau aku akan tulis benda buruk pasal kau di Twitter” & saya terkejut yang dia betul betul buat.

Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri pun belum matang & mungkin dalam keadaan tertekan bermain dengan kelab di Portugal.

sumber :http://www.rotikaya.com/

 

Artikel lain : Aidil Zafuan  jawab tak kenal siapa Tengku Fiella

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold