Model dan Pelakon Wanita Ditahan Miliki Dadah

Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon Anak Pontianak berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan & mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera tutup semula selepas menyedari kehadiran polis.

dipetik dari Budiey.com pula,

Pasangan ini menjalani ujian saringan awal dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

Sebelum ini, pelakon wanita ini pernah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalami ujian saringan air kencing dalam satu sekatan jalan raya beberapa tahun lalu.

Pelakon seksi ini juga telah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya dan mengaku mengambil dadah jenis syabu dalam operasi yang disertai anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat selebriti lain dan kita semua agar menjauhi dadah. Bila dah terkena, barulah menyesal.

Sumber Harian Metro dan Budiey.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold