Liyana Jasmay Menaruh Hati Pada Tunang Sejak Usia 13 Tahun

Liyana Jasmay, 25 dan Fathuddin, 29 akan diijabkabulkan pada 2 Februari ini di Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur jam 9 pagi. Liyana dan Din(panggilan pada tunangnya) berjiran dan bersekolah di sekolah yang sama. Ikuti kisah cinta Liyana dan Din

Din bergelar senior kepada Liyana semsa di sekolah, Liyana sudah lama menaruh perasaan kepada Din sejak berusia 13 tahun lagi.

“Kebetulan juga ketika itu, kakak saya berkawan dengan kakaknya. Lucunya selepas keluarga saya berpindah di kawasan kejiranan sama dengannya, saya hanya nampak beliau dalam beberapa kali saja. Ketika itu juga saya akan berlari ke tepi jendela untuk memandangnya dari kejauhan.

“Ketika itu cinta hanya tersemat dalam hati. Tak sangka pula sejak Januari tahun lalu kami boleh bertemu semula.

Saya juga sempat bertanyakan seorang teman yang juga berkawan dengannya sama ada dia masih single atau sudah berpunya, selain berkirim salam dan seterusnya berlanjutan hingga bertukar nombor telefon.

Liyana dan Din juga sering berhubung melalui skype, dan tunangnya itu meluahkan rasa dan jatuh cinta dengan Liyana di dalam skype. Setelah itu mereka telah bertemu dan mengikat ‘ kontrak cinta’ atau declare sebagai kekasih. Fathuddin telah menulis perjanjian di tapak tangan Liyana dan kemudian giliran Liyana menulis perjanjian mereka. Begitulah kisah cinta mereka.

gambar dari Berita Harian Bpop

Fathuddin disifatkan pemalu oleh Liyana

lihat gambar pra perkahwinan Liyana dan tunangnya yang dikritik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold