Listen listen listen Sharifah Zohra Minta Maaf Kepada UUM

Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin pada Ahad tampil memohon maaf kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung kontroversi ‘fenomena listen’ yang menjadi perhatian banyak pihak baru-baru ini.

Menurut Sharifah Zohra, beliau kesal apabila pusat pengajian tinggi itu dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.

“Saya sangat kecewa apabila UUM diheret sama secara langsung dalam isu ini. Dalam kes ini, UUM merupakan pihak yang paling layak untuk saya memohon maaf secara ikhlas.

“Saya dengan ini mohon maaf kepada UUM kerana perkara ini benar-benar berada di luar kawalan saya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai sesuatu yang dianggap malapetaka,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, Ahad.

Selain itu Syarifah Zohra turut melahirkan kekesalahan di atas tindakan pihak tertentu yang mensensasikan isu berkenaan hingga menimbulkan kebencian orang ramai terhadapnya.

“Tindakan individu tertentu ini berjaya mewujudkan ‘tsunami fenomena listen’ menjadi lebih beremosi dan serius hingga menimbulkan kebencian di kalangan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia terhadap saya tanpa alasan yang kukuh,” katanya.

Syarifah Zohra menjadi topik hangat apabila klip video sepanjang 24 minit yang memaparkan insiden pertikaman lidah antara beliau dan pelajar undang-undang UUM, KS Bawani ketika Forum Suara Mahasiswa pada Disember lalu mendapat kritikan banyak pihak.

Menerusi kenyataan tiga muka surat itu, Sharifah Zohra bagaimanapun turut memaafkan Bawani dan pihak yang didakwa mengecamnya tanpa usul periksa.

“Saya maafkan gadis muda (Bawani) dalam video itu di atas apa jua tindakannya sebelum, semasa dan selepas forum tersebut.

“Saya juga memaafkan pihak-pihak yang melemparkan kata-kata kesat terhadap saya tanpa usul periksa dan mendapatkan fakta yang tepat,” katanya.

Mengulas lanjut Sharifah Zohra berkata beliau turut menerima ugutan daripada banyak pihak pihak termasuk parti politik.

“Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak saya.

“Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima uguran SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) tidak bertanggungjawab daripada individu, kumpulan serta parti politik,” katanya.

 

sumber : mstar online

beliau turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.

“Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.

“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.

Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi ‘fenomena’.

“Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M.

“Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya.

 

sumber : Sinarharian

Sharifah Zohra pun dah minta maaf pada UUM dan memaafkan siapa yang hina dia, diharapkan pihak yang menghentam dia tu janganlah berlebih lebih sangat hina dia , moga2 ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Listen listen listen Sharifah Zohra Minta Maaf Kepada UUM”

  1. tanpanama says:

    kak pah ni masih lagi ego riak sebab dia hanya minta maaf pada uum saja bukan
    kepada mahasiswa

    sape yang minta maaf kat kau cik pah oiii..cakap keling belit2 lah

  2. anon says:

    cakap belit belit, siapa yang patut minta maaf ni dasar pompuan ego
    masih pandang rendah pada student

  3. gb k says:

    puiii!! siapa nak minta maaf dengan kau pulak , pegi buka zoo la

  4. shafik md says:

    anak kecil kau malu sebab kau sebagai mak dah memalukan anak kau, sendiri buat sendiri tanggunglah

  5. azman says:

    orang ego ni sampai ke sudah lah ego dia,tak akan dia tunduk pada mahasiswa ni, dengan pemimpin yang kritik dia pun dia tak minta maaf hahaha
    apa punya org la
    persatuan haiwan sedunia layak lah dia ni..tak faham bahasa lagi

  6. ataspagarletrik says:

    aku suggest kn, korg2 yg nk mengutuk dia, tgok video ni dari part 1…
    jgn main serkap jarang jer nk tuduh org…
    paham kn .. apa TUJUAN forum tu…
    mcm maner melayu nk maju mcm nih ?? hampeh !

    • azman says:

      aku tau Tujuan forum tu nak brainwash budak2 u supaya sokong BN ngok.seiring mahasiswa dgn politik konon..tapi letak video hentam pembangkang..apa kejadah. Memang nak tunggu sangat video penuh nak tengok macam mana kebodohan puak2 bn terdesak sangat!! ko 10x hampeh!!baik kene letrik terus.

      • ataspagarletrik says:

        ye..ye.. sy tau…
        en azman yang hensem…

        mmg semua yg kerajaan wat, korg anggap brainwash…
        semua terdesak…

        x per.. kita tunggu jer … PRU13…

        opss… lupa lak…
        kalau setakat belum daftar undi, baik jgn citer pasal politik…

        p/s : Tuhan bayar cash jer skg… so ? Wasallam..

  7. yob says:

    melayu lembab macam vc uum dan student uum yang hanya tau tepuk tangan saja..tu ke maju? hahaha
    boleh masuk persatuan binatang sedunia lah aku cadangkan pada ataspagarletrik tu

    • ataspagarletrik says:

      ye..ye…
      paham encik bos…
      budak2 yang tepuk tangan tu.. at least x ler “repeat paper”
      mcm IDOLA korg, Si Bawal tu… ops.. umo dier berapa dah eh ??

      ko nilai le sendirik…
      ramai yang bertepuk bila Si Bawal tu bercakap..
      atau bila time Si Bawal tu kena hentam ??

      p/s : lumrah manusia.. x pernah bersyukur… balik Afrika lah woii.. !

      • yob says:

        bawani tu ada 1 degree dah, bia lah dia umo brapa pun apa kena mengena dgn isu ni?
        kau ni mesti antara budak uum yang dungu tepuk tangan tanpa tau apa2 yg berlaku.mcm lalang..budak uum semua kena suap je
        sebab tu lembab tak boleh diajar
        dah isi borang masuk persatuan binatang ke hahahah!!

  8. PRU says:

    rasa macam kita semua la yang perlu minta maaf kat kak listen ni.. !!
    PRU recently posted..Kegunaan tablet untuk pelajar

  9. yob says:

    ataspagar letrik ..kau yang tak isi borang daftar undi lagi sebab masih terperuk di uum ceruk ulu tu
    otak dah beku

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold