Keputusan AJL 27

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 27, yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil malam ni telah menobatkan lagu Terukir di Bintang karya Yunalis Zarai sebagai  juara, naib juara ialah lagu Idola nyanyian Idola ( Azlan n the Typewriter ),lagu ketiga dimenangi Ku Akui (Hafiz ).

Vokal terbaik -Hafiz.

Persembahan terbaik – Black lagu Teman Pengganti.

Lagu yang dikatakan berhantu Ombak Rindu pula tak dapat apa apa ..huhu..Aaron Aziz mai dukung Adira pun tak menang persembahan terbaik hehehe!! mungkin kejutan tu dah dijangkakan. Penonton tetap menjerit histeria bila Adira kena dukung..tudiaa!!

Adira kena dukung dengan Aaron Aziz

Bila pengacara kata pemenang ialah penulis dan pencipta lagu..ingatkan Patah Seribu nak menang, rupanya Yuna yang menang. Terukir di Bintang memang lagu yg unik..memang layak menjadi juara kan.

Aizat yang menggantikan Yuna pada malam ni tak sia sia ye, ramai nak dengar lagu Terukir di Bintang versi lelaki. Ada kontroversi juga di sebalik pemilihan Aizat ni, sebelum tu, Yuna nak Uji Rashid tetapi Uji Rashid tak sihat pula, jadi digantikan dgn Aizat.

 

Aizat ada misai hensem pulak, macam hero filem klasik di Paris gitu, ada latar belakang kota Paris dan river Seine, menari2 kecil sambil pegang cawan kopi. :) klasik

 

 

Shila Amzah serba hitam, baca puisi sebelum nyanyi lagu Patah Seribu , ada deringan telepon pulak tu..chenta hati telepon kah?

 

Persembahan Mojo ala ala zaman Inggeris lama tu , ada Marsha duk jerit ..layan jugak persembahan Mojo, vokal mantap.

Persembahan terakhir sementara nak tunggu keputusan , adalah persembahan penutup yang memukau penonton dengan menampilkan penyanyi rock zaman 80-an , 90an, seperti Rahmad, Aris Ariwatan, Joey dan papa rock Ramli Sarip. Penonton turut sama berdiri menyanyikan lagu Kamelia bersama papa rock kita. Tak tukaq chanel lain dah sebab duk layan lagu rock zaman 80an ni sedap jugak hehehe!!

Mereka diiringi oleh pemain gitar seperti Man Kidal, Edrie Hashim, Rody dan sorang lg tak kenal.

 

Keputusan penuh AJL

Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai

Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)

 

12 lagu dipertandingkan malam ni

1. Idola ( Azlan n the Typewriter )
2. Pelangi senja ( Stacy )
3. Terukir di bintang ( Yuna )
4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
9. Ku Akui ( Hafiz )
10 .Simetri ( Hazama & Amy Seach )
11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
12. Patah Seribu ( Shila Amzah )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Keputusan AJL 27”

  1. akubiomed says:

    Tanniah kepada pemenang AJL. Kalau Yuna bertanding malam tersebut.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold