Janji Shirah Slot Baru Setiap Ahad di Tv3

Satu slot drama baru diwujudkan pada setiap Ahad di tv3 dan drama Janji Shirah akan keudara untuk slot ini pada 13 Januari jam 9 malam selama 2 jam. Antara pelakon dalam drama arahan Along Kamaluddin ni ialah Nabila Huda, Airiel Zafril, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi, Zarina Zaidnuudin, Sherry Merlis, Zarina Zainordin dan Iqram Dinzly.

Saksikan lakonan hebat dari Nabila Huda yang membawa watak Shirah, bersama Aeril Zafril (bawa watak Luqman), sama hebat tak dengan sambutan Julia dulu? ikuti kisah pahit manis Shirah yang melalui liku liku kehidupan bersama abang ipar yang panas baran.

watak watak jahat,antagonis dalam drama ni Fauzi Nawawi dan Zarina Zainordin..tengok poster tu

Sinopsis Janji Shirah

Shirah pelajar tahun akhir di kolej, seorang yg ceria dan ada teman lelaki bernama Luqman, Mira pula kawan baik Shirah yang menyimpan perasaan pada Luqman dlm diam.

Shirah ada kakak bernama Arfah yg terpaksa bekerja keras demi menyara anak-anaknya, Balqish, Afiq dan Liana kerana sikap suaminya, Zali yang lebih mengutamakan madunya, Nurin yang berasal dari keluarga kaya. Arfah berpesan kepada Shirah supaya menjaga anak-anaknya dan jangan memisahkan mereka bertiga sekiranya ada apa-apa yang terjadi pada dirinya kelak.

Namun, Shirah hanya menganggap Arfah bergurau kerana menganggap dirinya masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Selepas Arfah meninggal dunia akibat barah otak, Shirah dibebani dengan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak saudaranya. Oleh kerana janjinya kepada Arfah dan juga sikap lepas tangan Zali yang enggan bertanggungjawab, Shirah terpaksa mencari kekuatan untuk menyara hidup 3 adik beradik itu walaupun masih belum habis belajar.

Mira berpura-pura simpati dengan Shirah dan mencari peluang untuk merosakkan hubungan Shirah dan Luqman. Keluarga Shirah pula, Mak Jenah (ibu Shirah), Redzuan (abang Shirah) dan Alina (kakak Shirah) masing-masing mempunyai kesulitan dan alasan sendiri untuk tidak menjaga Balqish, Afiq dan Liana.

Dr. Amir yang merawat Arfah dahulu muncul menghulurkan bantuan. Shirah terharu dengan kebaikannya. Hubungan rapat Dr. Amir dan Shirah telah menimbulkan rasa cemburu di hati Luqman. Justeru, hubungan Shirah dan Luqman menjadi dingin.

Shirah terkejut dengan permintaan isteri DR AmirĀ  untuk Shirah berkahwin dengan suaminya, Dr. Amir demi menyelamatkan perkahwinan mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata. Shirah berada dalam dilema. Apakah ini jalan penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi oleh Shirah? Adakah keputusan Shirah untuk berkahwin dengan Dr. Amir dapat menjaga kebajikan anak-anak saudaranya?

Pelakon:
Nabila Huda (Shirah)
Iqram Dinzly (Fahmi)
Airiel Zafril (Luqman)
Ako Mustapha (Dr. Amir)
Fauzi Nawawi (Zali)
Zarina Zainordin (Mira)
Arfah Damanhuri (Mak Jenah)
Zarina Zainudin (Alina)
Sherry Merlis (Arfah)
Airis Yasmin (Nurin)
Ika Nabila (Tintin)
Hairi Safwan (Azri)
Watie Sadali (Raini

sumber budiey.com

 

Pelakon Janji Shirah di MHI pagi tadi

Zarina Zainordin pelakon dalam drama ni dgn rambut pendek


Janji Shirah 13 episod

Setiap AhadĀ  di tv3

jam 9-11 malam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold