Gambar Mesra Nasha Aziz dengan Teman Istimewa Sambut Tahun Baru 2013

Nasha Aziz pelakon dan model 41 tahun ini pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Nur Iman Tang Abdullah, tetapi hubungan mereka telah dikatakan sampai ke penghujung. Terbaru mengenai Nasha Aziz, beliau dilihat menyambut tahun baru bersama seseorang yang dilihat seperti istimewa memeluk erat dari belakang ketika di Stadium Melawati sempena  Blackberry Music Mania menjelang sambutan tahun 2013.

Beberapa laman web hiburan menulis, lelaki yang mesra memeluk Nasha Aziz tu ialah kekasih lamanya iaitu Nur Iman Tang. Pada sekitar tahun 2010, pasangan itu dikatakan mahu menamatkan zaman bujang tetapi selepas itu senyap begitu saja.

 

Gambar Kemesraan Nasha Aziz dan teman istimewanya di Stadium Melawati

 

Pasangan ini tetap mesra walaupun ada mata yang memandang  ke arah mereka

Ada sumber mengatakan Nasha dan Nur Iman masih lagi bersama dan hubungan mereka tak pernah putus.

Artikel tahun 2009 dari  http://media.mit.net.my

Siapa Nur Iman Tang Abdullah

Tang atau nama sebenarnya, Tang Wing Poh, adalah seorang promoter dan pengurus acara yang sering membawa artis dari seberang ke Malaysia. Beliau telah pun memeluk agama Islam pada minggu kedua, Ramadan lalu.

Bukanlah berita yang mengejutkan, kerana cerita ini nampaknya sudah lama tersebar termasuk di murai.com.my sendiri, cuma belum diperteguhkan dengan bukti atau sumber yang kukuh, contohnya daripada mulut Nasha sendiri.

“Buat pengetahuan semua, pada bulan puasa tahun lepas, Tang telah pun menukar nama kepada Nur Iman Tang Abdullah,” katanya.

Jelas Nasha, nama Nur Iman berkenaan diberikan sendiri olehnya yang membawa makna cukup mendalam kepada saudara baru itu, supaya apa juga tindakan mestilah berlandaskan keimanan.

“Saya menyokongnya untuk menjadi saudara Islam. Yang mana dia sendiri sudah sekian lama berbangga dengan budaya masyarakat Melayu Muslim yang sentiasa menjaga kebersihan, sopan santun dan mempunyai sikap tidak bermegah-megah.

“Keindahan Islam itu sendiri yang membuatkan hatinya terbuka untuk memeluk agama ini,” kata Nasha yang pada masa yang sama menidakkan bahawa tindakan Tang memeluk Islam adalah kerana dirinya tetapi disebabkan gerak hati lelaki itu sendiri.

Bila Nasha nak tamat zaman bujang

Setiap mereka yang bercinta, memang ada niat ke arah itu. Apa yang boleh saya katakan, dalam hidup ini terlalu banyak warna dan dalam hubungan kami, terlalu banyak lampu merah yang perlu dilepasi berbanding lampu hijau,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold