Gambar di sesi Live Chat Nelydia Senrose (El), Hairul Azreen (Ikram) bersama peminat

Drama Setia Hujung Nyawa yang menampilkan pelakon Nelydia Senrose , Amar Asyraf serta Hairul Azreen ini memang tengah mendapat sambutan hangat di kaca tv. Tiap tiap petang penonton setia dan peminat El , Zain dan Ikram pasti akan menanti di kaca tv. Memang mendapat rating besar lah drama percintaan remaja ni.

Cuma agak kecewa sikit dengan jalan cerita di akhir akhir ni, macam menjadi semakin mengarut, mungkin ada yang tak setuju dengan admin…tapi takpe ni pendapat saya secara peribadi.¬† Episod akhir akhir ni menunjukkan Ikram bekas kekasih El datang mengganggu rumahtangga El saban hari, lepas tu hari ni, El lari ke rumah Ikram, walaupun Zehra adik El ada..emmm memang tak memberikan contoh yang baik.

dan yang tak logiknya lagi dan betapa dayusnya Zain bila membiarkan Ikram sesuka hati kacau isterinya..memang tak logik, kalau dunia realiti memang naya dah si Ikam tu kena bambu dengan laki orang.

Ibu El pulak selamba je masa  jumpa Ikram dulu, padahal Ikram tu lah penyebab si El tu mengandung.

Ibu apa lah macam ni. Macam cerita omputih je, selamba badak je la walaupun tau berlaku hubungan haram antara El dan Ikram..watak ibu yang sayang sangat anak dia sampai biar je anak dia El tu, takda pulak tunjuk babak ibu El marah El sebab mengandung anak luar nikah. Sorok pulak dari bapa.

lagi satu muzik cute mood rentak happy dimainkan masa Ikram menyakat bini orang si El tu… apa lah pengarah ni…tau lah nak bagi penonton suka Ikram dengan El…tapi agak agak lah nak bubuh muzik pun.

secara amnya saya suka permulaan cerita ni tetapi bila sampai ke hujung cerita Setia Hujung Nyawa…arrrgghhh mengarut sangat!

Ok layan lah gambar Ikram dengan El ni masa live chat petang tadi dgn peminat..Zain a.k.a Amar Asyraf tetiba tenggelam bila masuk Hairul Azreen.

…mungkin lepas ni Tv3 akan satukan El dan Ikram dalam drama apa pulak untuk dapat rating tinggi. Pastinya peminat akan suka diorang disatukan lagi..harap tak berapa mengarut jalan cerita nanti.

Kak bedah hok aloh bersam El… Hairul Azreen menyakat Nelydia dengan perkataan gemok..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Gambar di sesi Live Chat Nelydia Senrose (El), Hairul Azreen (Ikram) bersama peminat”

  1. zee says:

    dari mula lagi drama ni sangat terlebih menunjukkan adegan yang tak sesuai ditonton dan terlalu 18 sx.
    babak El sorok barang di dalam bra depan abang dia

    babak el meniarap di rumah Ikram atas katil sambil kamera tunjuk punggung el ..memang orang suka tgk babak tu tanggung dosa la korang yg bernafsu tgk punggung nelydia

    mana ada istilah kahwin kontrak kahwin main2 tipu lepas tu jadilah perkara yang bertentangan dgn agama, mcm lari ikut boifren,boifren dtg kacau kat rumah, tak tidur sebilik dgn suami..
    remaja yang tak cukup ilmu memang suka drama yang macam ni..inikah drama yang nak disajikan kepada penonton, memang salah pembikin drama yang buat drama yang mengarut ni,
    novel cabul makin berlambak..dan isu kahwin paksa kahwin kontrak semakin menjadi jadi…dan mendpat pujian sweet…romantik….bestnye..dan macam lagi…dicetak berulang kali pula kepada pembaca.

    sedih sedih…

    • Zatul says:

      sya sokong 100% pe awk ckp..
      dunia skang da terbalik….
      memg sye ad minat cite nie..tp mase mula2 tgk cite nie..
      da rase xbez bile babak mcm tuhh ad ….
      rase xselesa..byagkan adik sya yg lelaki pon tgk jgak…
      mcm menjatuhkan maruah perempuan….
      mmg agama islam…tetpi karakter x melmbangkan… :(

  2. ilah says:

    perempuan datang rumah kawan ada abang duk usha kawan adik dia sampai ke bilik tengok punggung..memang patut lah jadi zina, memang itu selalu berlaku sekarang

  3. MEMG.KNP NK TNJK TMPT2 SENSITIF TU?!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold