Gambar Cun Nelydia Senrose + Profil

Nelydia Senrose, 18 , anak kacukan Siam – Kelantan menceburi lakonan sejak berusia 13 tahun. Sejak kecil ,Nelydia meminati bidang itu,  dia menerima banyak tawaran berlakon. Antara drama  lakonan Nelydia,  Spa Q 1 dan 2, Spa Qistina, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Anak Aku Artis, Syah Jihan, Pak Suman, Iqra’, Ahmad Durrah,Mistik Alam Hitam, Segenggam Api Secangkir Pelangi, Puaka Bunga Tanjung, Tudng Tweet, Friday Im In Love, Naziha, Setia Hujung Nyawa.

Sebagai anak seni , dia banyak mendapat dorongan dari ibunya , bapa Nely pula mahu dia pentingkan pelajaran terlebih dahulu, dan mahu dia menyambung pelajaran selepas SPM.

Nelydia sedar dia masih perlu banyak belajar memperbaiki mutu lakonan, lagi pula usianya masih muda, banyak lagi perlu dipelajari.

“Sama seperti pelakon lain, saya juga mahu menjadi seorang pelakon yang lebih versatil dengan pelbagai penghayatan watak yang berbeza,”

“Saya mahu lakukan yang terbaik dalam lakonan kerana bidang ini adalah minat saya sejak kecil. Lagi pun umur saya masih muda, banyak lagi yang saya boleh lakukan kelak.

“Sama seperti pelakon lain, saya juga mahu menjadi seorang pelakon yang lebih versatil dengan pelbagai penghayatan watak yang berbeza,”

Sukar dapat watak remaja

Walaupun usia Nely baru 18 tahun, tetapi wajahnya nampak lebih matang dari usia sebenar, agak sukar baginya mendapat watak remaja belasan tahun, atau lepasan sekolah, kerana apabila setiap kali diujibakat dia gagal mendapat watak remaja. Bagaimanapun dia gembira mendapat tawaran dari Rosyam Nor untuk watak remaja dalam drama Setia Hujung Nyawa di tv3.

Nely pentingkan pelajaran
“Kalau boleh saya mahu seimbangkan karier dan pelajaran saya supaya saya berjaya dalam dua-dua bidang ini untuk masa hadapan yang lebih cerah,”
Nely yang juga anak saudara kepada pelakon Rosnah Mohd Noor, bercita -cita mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, sekurang-kurangnya hingga ke peringkat ijazah dan memilih mahu belajar di Australia. Nely menyambung pelajaran ke  peringkat diploma dalam jurusan Psikologi, di Kolej Segi.

PROFIL

Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen

Tarikh lahir: 30 Julai 1994

Keluarga: Anak ketiga daripada tujuh beradik, mempunyai kakak , Uqasha Senrose yang juga terbabit dalam lakonan

Akademik: SPM,Sekolah :Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya, Kolej segi.

 

 

diambil dari facebook Uqasha kakak pada Nely, dia tulis 7 adik beradik (ada peminat bagitahu adik beradik Nely dan Uqasha bukan semua perempuan tetapi ada juga lelaki) saya pun tak sure mana satu yang betul .

Gambar Nelydia Senrose

 

 

 

wajah Nelydia seiras dengan kakaknya Uqasha, selalu orang menyangka  mereka kembar

Gambar dan profil Uqasha Senrose

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Gambar Cun Nelydia Senrose + Profil”

  1. has. says:

    cantik betul dia..perasan kewujudan dia sejak tengok drama setia hujung nyawa. watak comel..huhu
    has. recently posted..Original Army Tech Watch V1.0

  2. cikjah says:

    u nak kepoh sket..error tu…adik beradek nely betul dah tu 7 orang, tp bkn kesemua perempuan eh…nely tu ada 3 org adik laki..xcaye ce check fesbuk mak dia rosmizai mohd noor

  3. Batman says:

    fesbuk si uqasha tu ntah real ke ntah fake. lol. x pun si uqasha tu maksudkan ‘adik-beradik’… bukan real siblings.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold