Drama romantik Setia Hujung Nyawa

Drama bersiri adaptasi dari novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila semakin diminati ramai. Banyak adegan romantik, cute dan boleh buat penonton tersengih-sengih sipu2 depan tv tengok gelagat pelakon Nelydia (watak Ersalina) dan Amar Asyraf (Zain). Sebelum babak babak El kena marah dan dihina dengan Zain dan mak mertuanya..

kita layan dulu saat bahagia Zain dan El.

Video khas untuk peminat setia Setia Hujung Nyawa

Apa yg menarik di sebalik drama ini..

Menurut Rosyam Nor, drama ni adaptasi longgar dari novel Setia Hujung Nyawa, bukan tepat tepat ikut apa dalam novel, lagi pula episod cuma 28 saja, jadi banyak jalan cerita kena lompat lompat. Tidak 100 % sama macam novel , pendek kata.

Mengenai pelakon utama tentang drama ni..

-Amar Asyraf  mencari novel ini untuk menghayati watak, dan akhirnya dia dapat novel karya Fatin Nabila dari kawannya.

- Amar mengakui ini drama romantik yang paling romantik pernah dilakonkan olehnya.

- Nelydia Senrose pula ada persamaan dengan watak, iaitu zaman lepas sekolahnya.

-pengarah drama ini, Amie Maziah,  mementingkan jln cerita , babak yang memberi impak kepada penonton,pemakaian dan watak..boleh lihat banyak pakaian sedondon antara Zain dan Elsarina dlm cerita ni.

 


Sinopsis

Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza.

Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain. Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb!

Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke? Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha.

Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu.

Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya. Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain.

Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain.

 

Nelydia Senrose

 

Lagu ost Setia Hujung Nyawa

Suka lagu cathy Maafkan Aku oleh Last Minute, band indie dari kelate. Rupanya mereka masih muda remaja dan masih belajar lagi..ahli kumpulan, terdiri daripada Bukhari, Aiman , Hazim, dan Azim .

Sejak drama ini bersiaran di tv3, lagu ni semakin menjadi siulan, dan popular, sedap didengar menjadi halwa telinga, tak sedar kaki dan tangan duk goyang2 ikut rentak dengar lagu ni.

 

Artikel:

Gambar Uqasha Senrose kakak Nelydia Senrose

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Drama romantik Setia Hujung Nyawa”

  1. ainizadatul says:

    mak saya pun tergelak gelak tengok si El tu tuang air penuh cawan kat laki dia hehehe

  2. mimi asmidar says:

    Best sangat drama paling ramantik dan paling cute,
    rase hari hari nak tunggu Elsarina dan Zain
    suka lagu Last minute..terbaikk!!
    Amar Asyraf hensem pulak skang

  3. rhyu says:

    Comel qute giler Zain da Elsarina!!

  4. sufina says:

    Petang2 memang layannn citer ni..besstt ..sweet sgt!! dulu tak minat Amar
    now dah semakin baik lakonan

  5. mrs k says:

    Naif benor la si Elsarina ni tapi bagi maruah kat boifren.
    Zain dulu pun buat jahat juga dhn pompuan lain..
    Remaja2 jgn ikut yg buruk..ikut yg baik je.

  6. saya says:

    baru tgk sekali sbb paksa diri cuba tgk walaupun mcm dah tau takleh tgk.sekali..mmg tak boleh.serius nak termuntah.cheesy sgt.tak berani nak tgk lg dah.

  7. liza says:

    dah jatuh cinta dgn drama Setia Hujung Nyawa …terbaik pernah ditonton.Cerita yang menarik, sweet dan mengusik jiwa.Harap masa akan datang di filem dan buat dvd. tak jemu menonton nya

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold