Dokumentari Pondok Pak Ya Kisah 27 Syuhada

Sebuah dokumentari yang memaparkan kejadian sebalik kebakaran yang berlaku di  blok asrama puteri Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya) Padang Lumat, pada 22 September 1989. Dokumentari  ditayangkan malam ni di Astro Oasis jam 9.30 malam. Telefilem akan tayang pada 1 Jan 2014 di Astro Box Office.

Kebakaran yang berlaku pada hari Jumaat dikala penghuni asrama puteri sedang nyenyak tidur. Api marak  berpunca dari api lilin yang dipasang oleh pelajar asrama. Kejadian yang menyayat hati  itu  mengorbankan 27 pelajar puteri dan telah memusnahkan 8 blok asrama.

Kini hampir setiap tahun Program Memperingati 27 Syuhada diadakan. Pada majlis itu sanak saudara dan rakan rakan bekas penghuni asrama berpeluang bertemu semula dengan yang lain termasuk yang terselamat dan berkongsi cerita mengenai pengalaman selepas tragedi.

Tahun 1989 admin pun masih ingat tragedi kebakaran pondok sekolah agama Padang Lumat, tetapi agak kurang mengerti sebab pada masa tu budak budak lagi tak tau apa apa, tetapi sering mendengar ibu ayah dan kakak bercerita pasal Padang Lumat.

Apa yang admin agak sedih dan terkejut juga ialah apabila melihat begitu daif nya kawasan dalam asrama tempat tidur pelajar , dapur minyak tanah dan katil meja buku sangat dekat serta sempit. Pada ketika tu, terbayang bagaimana pelajar itu belajar dengan keadaan yang sempit dan daif. Di situ tempat masak di situ tempat belajar dan tidur. Sangat sedih sekali. Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Tragedi itu telah mendapat liputan seluruh media massa dan membuka mata semua pihak dan akhirnya membawa kepada beberapa perubahan besar pada Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya). Pelajar semakin ramai mendaftar di sekolah berkenaan dan prasarana di sekolah itu semakin baik.

Kisah yang dikongsi oleh sahabat sanak saudara para syuhada akan dapat diikuti malam ini di Astro Oasis.

 

 

Pondok Pak Ya kini

 

Telefilem Pondok Pak Ya akan ditayangkan pada 1 Januari 2014

Pelakon pelakon Telemovie Pondok Pak Ya

Pelakon Telefilem Pondok Pak Ya, Nurfarah Nazirah pernah berlakon dalam Hoore Hoore bersama Akim.

 

Pelakon Hiera Hassan

 

Ustaz Nazeri

Pada malam itu beberapa pelajar bercerita tentang mati syahid, semua teruja dan mengimpikan tentang mati syahid dan sebelum tidur mereka mengucapkan kalimah syahadah. Mereka bersalaman dan berpelukan seolah olah mahu berpisah lama.

Sedutan dari telemovie

 

Video pengalaman bekas pelajar Pondok Pak Ya

AL fatihah kepada semua para syuhada. Semoga mereka dicucuri rahmatNYA.

Mereka syahid di jalan Allah kerana terkorban ketika menuntut ilmu.

Sejarah Pondok Pak Ya disiarkan di RTM

Sudah tamat menonton dokumentari yang sangat memilukan, tambahan ketika mendengar kisah kisah yang diceritakan kembali petanda sebelum para syuhada itu pergi buat selamanya.Mereka kehilangan sahabat karib, ibu bapa kehilangan anak disayangi, abang kakak kehilangan adik mereka yg dikasihi. Tak sedar air mata ini mengalir. Mungkin ada yang berasa cemburu kerana para 27 orang syuhada itu sudah dijanjikan yang terbaik di sisi Allah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Dokumentari Pondok Pak Ya Kisah 27 Syuhada”

  1. asmiwidar says:

    bersemadilah mereka ngan bahagianya di sana

  2. nurzahira ahmad says:

    assalam. syukran jaziilan alhamdulillah sy panjatkan kehadrat Allah swt krn ada hamba-Nya y sudi membuat dokumentari dan telemovie ttg sejarah para syuhada sek sy dl. sesungguhnya sy yakin dan percaya kami semua para alumni mtkh amatlah berbangga dan berterima kasih atas enisiatif ini. sesungguhnya kami semua amat merindui bumi and life di bumi MTKH. walaupun kami menuntut ilmu dlm serba kedaifan tp itu bknlah penghalang kpd kami utk mencari ilmu Allah y kami dahagai. Alhamdulillah semua alumni MTKH mostly selepas hbs belajar bekerja@ menjadi. berkat doa ayahanda Hj Abdul manan dan keluarga tercinta kami semua menjadi manusia y berguna kpd agama bangsa dan negara. MTKH walaujauh dimata namun dekat dihati. semoga Allah memberkati usaha kalian semua. wassalam

  3. Amir hisham says:

    Syukurlah selepas tragedi tersebut ramai yang membantu dan menyumbangkan wang ringgit untuk menaik tarafkan kembali sekolah berkenaan.

    Memang sekolah pondok dahulu pelajar perlu berdikari dan hidup berusaha di samping menimba ilmu.
    Walaupun begitu keselamatan dan keselesaan perlu dititikberatkan.

    Sekarang jauh berubah dan sekolah itu sama seperti sekolah asrama lain yang lebih sistematik tersusun dan selesa untuk pelajar.

  4. syam says:

    Memang sedih dokumentari ni, tengok berulang kali pun masih sedih.
    Semoga mereka ditempatkan di kalangan org yg beriman
    syam recently posted..Azean Irdawaty Meninggal Dunia

  5. nabila says:

    Dah menonton dokumentari nie berulang kali , sedih sangat bila mengenangkan ramai yang kehilangan org yg disayangi.anak, adik, kakak.. AL FATIHAH utk mereka. Tp rse terkilan dgn astro sbb sudah 1 january 2014 telemovie pondok pakya ini masih tidak ditayangkan .

  6. Nurfatini Bt Mat Arif says:

    assalamualaikum,boleh tak kalau saya minta supaya buatlah ulangan bebanyak kali telemovie pondok pak ya ni,supaya x ade sesiapa yg ketinggalan,saya harap permintaan saya ini dikabulkan..terima kasih…assalamualaikum….

  7. saya dah tengok telemovie tersebut di box office. walaupun mungkin ada bahagian yang direka, tapi saya tetap faham akan pederitaan mereka. ketika kejadian berlaku, saya tidak lahir lagi di dunia. apa-apa pun, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah buat mereka.

  8. Tengok online dah ada rasanya

  9. Fiza says:

    Saya dah tengok drama ni , memang sedih sangat2, tahniah kepada pengarah dan semua yang terlibat, kejadian ini terpahat di jiwa…semoga roh mereka dicucuri rahmatNYA. Amin
    Fiza recently posted..Testimoni Berjaya Kurangkan Berat Badan Dengan Set Kurus Shaklee

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold