Azza Elite Bertudung Lepas Berlakon Drama Mujahid

Azza elite terbuka hati untuk bertudung selepas membintang drama “Mujahid” dimana dia memegang watak sebagai seorang wanita muslimah tahun lalu.

Dipetik dari mStar, Azza bersyukur diberi rahmat ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan.

“Itulah, orang kata rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

“Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yg indah dalam hidup ini,” ujarnya yang akui mula berselendang sepanjang penggambaran drama “Kiah Perkasam” bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

Azza yang mula bertudung sejak 6 Januari lalu bersyukur kerana keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan barunya itu.

Malah dia turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk aktres Sheila Rusly.

Walaupun sudah bertudung, Azza tidak menganggap ia sebagai satu halangan dalam kariernya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.

“Ini adalah sumber pendapatan saya. Selama ini lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai.

“Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Bezanya hanyalah penampilan diri sahaja,” jelasnya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold