Amar Asyraf Dah Tunang

Pelakon yang semakin dikenali Amar Asyraf, 26,  hero dalam drama Setia Hujung Nyawa tidak menyorok tentang statusnya, Amar sudah pun bertunang pada tahun lepas, pada hari raya ketiga. Amar merancang untuk menamatkan zaman bujang setahun lagi jika tidak ada aral melintang.

Amar belum sedia mendedahkan siapakah tunangnya. Dia tidak mahu kisah tunangnya turut menjadi paparan media. “Dia memahami saya dan kami bercinta dah lebih dua tahun,” katanya pasal gadis Perak

Hanya nama tunang saja yang dipaparkan di sebuah kolum hiburan, iaitu Arna seorang pengarah produksi terlibat juga dalam bidang teater. Amar bekas graduan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara) juga aktif dalam teater.

Ditanya tentang penerimaan peminat setelah mengetahui dia sudah bertunang, Amar yakin peminat sekarang bijak menilai bakat dan tidak kisah walaupun pelakon itu sudah pun berkahwin, contohnya Aaron Aziz yang berjaya walaupun dah kawhin. Dia tidak kisah lewat dikenali tetapi percaya dengan bakat yang dimilikinya mampu buat orang tahu keupayaannya berlakon.

Gambar Amar Asyraf dan tunangnya Arna

Jika peminat selalu mengikuti perkembangan Amar di twitter dia selalu mengucapkan kata kata romantis buat tunangnya dan mereka kelihatan sangat romantik.

Amar sambut harijadi

Gambar Amar Asyraf dengan imej baru berambut pendek dan kemas, peminat lebih nampak kewujudan Amar setelah dia berlakon bersama Nelydia Senrose sebagai Zain Hakimi , selaku watak utama untuk drama ini. Selalu Amar hanya dapat watak pembantu saja dan dia kurang menyerlah.Tuah Amar dalam drama ni le.

Kata Ashraf inilah lakonan pertama yang memerlukan dia berlakon romantik. Dia terpaksa membuang sifat pemalu untuk memastikan lakonannya diterima peminat.

 

Khas buat peminat Amar yang mengilainya :)

cute dak??

 

 

Biodata :

Nama: Amar Asyraf Zailuddin

Pendidikan: bekas pelajar Aswara.

Berasal dari Melaka.

Lahir November 15, 1986

Drama dan telemovie : Psikik di Tv1, Kasih Najihah, Nilapura, Dalam Hati ada taman, Penunggu Istana,Dia Bukan Mariam, Kitab Cinta, Qada dan Getaran

 

LIVE CHAT Nelydia dan Amar Asyraf , apa soalan peminat yang dijawab oleh mereka

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Amar Asyraf Dah Tunang”

  1. kopipanas says:

    dah tunang rupanya, low profile dia

  2. qis says:

    cair tgk si amar ni blakon….cite setia hujung nyawa..sblm ni xpracan lansung doh…anyway i loike..bestnye dpt laki cam dlm cite ni..so suweettt..

  3. banana says:

    . da tunang lupe-ny . ingt kn single . sweet sngt zain n L dlm crite setia hujung nyawa . dye owg sesuai sngt-II . sweet-nye . hmm . :p

  4. clisyha says:

    suka tol tngok asyraf dlm ceta setia hjung nyawa..pndai dia bawak watak..btw..cngtre ya abg amar ..dah btunang duhal..ehe..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold