Slot baru Akasia drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi (RBDAD) akan datang pada 11Februari ini di Tv3, drama terbitan Zeel Production membariskan pelakon Fahrin Ahmad sbg Firdaus Amir , Tasha Shilla sbg Ain, Sharizal Jaszle sbg Faiz, Fauziah Ghaous (sbg Fatin Zaharah) , Aiman Hakim Ridza (sebagai Fareez), Lydiawati, Dato Rahim Razali (sbg Hj Ilham) , Raja Ema,dan Hairi Safwan (anak wayang).
Selepas tamatnya Setia Hujung Nyawa pada 7hb Feb ni, drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi bakal muncul, drama ini dibuat pengambaran 50 di Malaysia, ada juga mai berlakon di Pendang Kedah
dan 50 lagi di Abu Dhabi UAE.
Sinopsis RBAD
Fahrin Ahmad membawa watak Firdaus Amir dan menjadi suami kepada Ain lakonan Tasha Shilla. Fahrin juga sebagai abang kepada Sharizal Jazle yg pegang watak Faiz. Ada sebab mengapa Firdaus membawa diri hingga ke Abu Dhabi akibat fitnah ke atasnya. Firdaus telah difitnah oleh Faiz hingga abangnya ditangkap khalwat dengan Ain Farohah ( Tasha Shila) .
Firdaus menikahi Ain kerana mahu bertanggungjawab menebus maruah Ain. Hj Ilham bapa Firdaus sangat malu dan terluka dengan Firdaus. Mereka berdua merantau ke Abu Dhabi untuk memulakan hidup baru di sana.
Di Abu Dhabi Firdaus Amir, menjadi jurutera kanan di Abu Dhabi Properties, dia amat dihormati walaupun dia seorang sahaja Melayu dikalangan pekerja di situ.
Aiman Hakim Ridza berperanan sebagai Fareez anak bongsu Hj Ilham. Fareez sebagai adik mahu memujuk abangnya balik, setelah bertahun abang mereka Firdaus tak balik, si adik berusaha menyatukan kembali keluarga mereka.
Fareez pula menyintai Meera walaupun wanita itu mempunyai sejarah hitam di masa silamnya.
Fauziah Ghous sebagai Fatin Zaharah
Faiz selalu menyakitkan hati Fatin

dari gambar nampak macam Faiz ni bergaduh dengan abang dia, dan ada gambar Fauziah Ghaous jadi budak sekolah, dengan seorang budak lelaki sebijik muka cam Fahrin ala ala remaja, adakah Faiz ni nak berebut cinta Firdaus di zaman sekolah ?

Keluarga Hj Ilham

Firdaus Amir membawa diri ke Abu Dhabi dan berkahwin dgn Ain (Tasha Shilla)


Raja Ema pulak pegang watak Salina perempuan jahat yang jadi ibu ayam. Nak tengok cemana Raja Ema bawa watak agak berbeza dalam drama2 dia sebelum ni…
kena le tengok drama bersiri Rindu bertamu di Abu Dhabi , sambil melayan permandangan yang indah dan berbeza di Abu Dhabi.
Fahrin Ahmad akan menyanyikan lagu OST untuk drama ini bertajuk Siapa Ingin Membawa
Ciptaan : Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya
Lagu Tema Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
Video suara Fahrin Ahmad..amacam boleh tahan ke suara Fahrin..nak jadi penyanyi pulak ke Fahrin?
sedutan drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi
Promo Rindu Bertamu di Abu Dhabi


Samarinda baru Surat dari Langit Biru ganti Ruby akan datang 6 Feb
Cinta di Burj Khalifa satu lagi drama dibuat pengambaran di Dubai
January 28th, 2013
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

macam menarik je cerita ni, tasha shilla cute
kopipanas recently posted..Kaitkan Nama Aidil Zafuan, Nazmi Faiz Mohon Maaf