AJL 27 Gimik Persembahan Lagu Ombak Rindu

Malam esok AJL ke 27 akan dipancarkan di kaca tv secara langsung , lagu Ombak Rindu (nyanyian Hafiz dan Adira) antara yang berjaya tercalon khabarnya ada gimik untuk persembahan malam tu. Apa agaknya gimik yang bakal dibuat? adakah nak undang hero terhangat Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani naik ke pentas lagi.

Kalau ada lakonan dalam babak Ombak Rindu pasti orang histeria lagi, walaupun dulu dah ada gimik yang macam tu..mungkin diubah sikit mana tau kan. Penyanyi Adira pun enggan membritahu gimik yang bakal dibuat, kalau beritahu bukanlah kejutan katanya.

Lagu Ombak memang berhantu, lirik yang bagus dan kuat. Adakah lagu Ombak Rindu bakal dinobatkan sebagai juara AJL ke 27 nanti?

Apa komenAdira,

“Setiap kali memenuhi undangan persembahan termasuk meraikan majlis resepsi perkahwinan rakan artis, Diana Danielle dan Farid Kamil baru-baru ini, lagu Ombak Rindu juga yang diminta peminat. Saya pun tak mampu untuk menolak.

“Justeru, saya sangat gembira apabila lagu Ombak Rindu berjaya mara ke peringkat akhir AJL27. Lagu dan lirik Ombak Rindu memang kuat kerana jika tidak pasti lagu ini tidak akan menonjol seperti sekarang.

“Sebagai penyanyi kami janjikan yang terbaik atau ‘all out’ kerana ingin melihat semua orang gembira nanti,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold