Zul Ariffin Mengaku Bercinta Dengan Gayatri Su Lin Pillai

Selepas berpisah dengan Abby Abadi, Zul dikatakan ada kekasih baru, ramai yang berteka-teki siapakah kekasih baru Zul itu. Akhirnya Zul Ariffin 26, mengaku dia menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit filem Tayangan Unggul Gayatri Su-Lin Pillai. Zul berkata sudah 7 bulan dia dan Gayatri mengenali hati budi masing masing dan mereka mulai rapat sejak dia terlibat dalam filem Penaggal sekitar bulan Mei tahun ini.

apa kata Zul

“Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filem Penanggalsekitar bulan Mei lalu.

“Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut.

“Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya,”

Usia bukan penghalang

Zul pernah bercinta dengan Abby Abadi yang jauh berbeza usia dengannya, dilihat Zul lebih memilih untuk bersama wanita lebih matang.

Zul berharap agar tiada yang cuba membangkitkan isu tentang jarak umur antara mereka yang jauh berbeza kerana keputusannya untuk menjalinkan hubungan dengan Gayatri tidak ada kena mengena dengan status atau usia wanita itu.

“Sejak dahulu lagi, saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan.

“Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas. Apa-apa pun hubungan ini masih lagi baru dan kami belum lagi memikirkan ke arah perkahwinan,

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Zul Ariffin Mengaku Bercinta Dengan Gayatri Su Lin Pillai”

  1. akubiomed says:

    Bercinta dengan penerbit filem.
    akubiomed recently posted..ChurpChurp membawa khabaran gembira

  2. han says:

    tak silap aku umur Gayatri Su Lin ni 38 or 39 tahun
    taste wanita berusia ye Zul

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold