Zizan Bantah AES Depan Sri Pentas TV3?

Zizan Razak pelawak popular kelihatan turut muncul di dalam perhimpunan yang dihadiri bikers. Semalam perhimpunan itu menggesa TV3 dan Mazidul Akmal Sidek memohon maaf atas tayangan segmen berkaitan AES dalam Majalah 3 pada 8 Disember( klik sini). Zizan buat apa di sana? membantah AES ke?  Mengenai segmen AES itu pihak Tv3 telah pun memohon maaf  berkenaan hal itu, tetapi para Bikers nampaknya masih lagi

belum berpuas hati dan mahu wartawan TV3 Mazidul Akmal sendiri membuat permohonan maaf secara khusus kepada mereka.

dipetik dari Malaysiakini

Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.

Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan “Kami bukan bukan pelesit”, “Get out Mazidul” dan  “Kami sayang TV3″.

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.
Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.

 

Benarkah Zizan bantah AES juga?

Mengenai gambar Zizan Raja Lawak yang muncul di tengah perhimpunan itu pula ada  kenyataan di facebook  yang menjelaskan situasi sebenar yang Zizan bukan ke sana untuk demo bantah AES tetapi dia pergi ke Tv3 untuk rakaman Melodi pada tengah hari semalam 23 hb Disember.

Di facebook Jerung Jepun (screen shot bawah ) ,  menulis, Zizan tidak tahu menahu kertas yang dipegangnya kerana dia diserbu peminat apabila muncul di tengah perhimpunan itu lalu diberi  kertas tertulis AES. Zizan dikatakan tak perasan apa yang tertulis di kertas itu. Kereta Zizan terhalang di tengah kesesakan dan dia perlu berjalan masuk ke tv3 bukannya menghadiri perhimpunan itu. Penulis itu meminta peminat tidak mudah terpedaya dengan fitnah ke atas Zizan.

 

video

 

Filem baru Zizan Razak berkaitan Bikers

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Zizan Bantah AES Depan Sri Pentas TV3?”

  1. zizan fan says:

    Zizan pergi ke tv3 utk Melodi, bukan sertai demo. Blog politik memang suka buat fitnah.

  2. akubiomed says:

    Mangsa keadaan lah nih. Letih hendak menjawab.
    akubiomed recently posted..ChurpChurp membawa khabaran gembira

  3. arieza says:

    tu la kan. dunia skrg ni, pakai photography, video, semua org boleh manipulasi. they cut the part yg diorg nak tunjuk, misleadingly conveying wrong message to the public. haih mcm2 dunia la ni~
    arieza recently posted..::: Membaca Post Lama

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold