Zed Zaidi – Julia Perez Tak Ada Permit

Mungkin ada yang sudah menyedari tentang cerita panas pergaduhan di laman twitter antara Zed Zaidi dan juga pelakon indonesia Julia Perez. Bermula dari komen Julia Perez atau Jupe mengenai drama Malaysia yang tidak ada kualiti dan Zed Zaidi membalas dengan mengatakan Julia biadap apabila mengeluarkan komen sedemikian.

Kemudian Zed Zaidi selaku presiden Seniman telah berjanji mahu menyiasat kemasukan Julia Perez yang berlakon dalam filem arahan Murali Abdullah itu ada permit atau tidak?

 

Jawapan diberikan oleh Zed Zaidi yang pihak Finas telah pergi ke lokasi pengambaran  filem Sumpahan Malam Pertama di mana Jupe bekerja dengan produksi tempatan. Zed Zaidi menulis di twitternya Jupe tidak ada permit untuk masuk ke Malaysia.

Zed Zaidi cuba untuk menghubungi pengarah filem itu, Murali Abdullah tetapi tiada sebarang jawapan.

Jupe suka buat hal

Cerita lain mengenai Jupe ialah di negaranya pula Mahkamah Agung memutuskan yang pelakon itu harus menjalani hukuman penjara.

Melalui laman portal Kapanlagi.com , hukuman tersebut atas kesalahan penganiayaan terhadap penyanyi juga pelakon, Dewi Perssik hingga mencetuskan perkelahian di antara mereka ini sewaktu membintangi filem Arwah Goyang Perawan.

Bab Zed Zaidi memperjuangkan pelakon dan meminta kerajaan Malaysia mengawal kemasukan pelakon luar tanpa permit tu , saya pun sokong tetapi cara Zed Zaidi macam tak kena apabila dia turut sama mengeluarkan komen yang beremosi dan macam pergaduhan budak budak dengan si Julia Perez tu. Adalah lebih baik Zed terus buat tindakan secara profesional mcm menyiasat kemasukan Jupe tu, yang sokong sgt.

Memang si Jupe ni banyak hal di negara dia sendiri, gaduh sana sini, dengan isu tatoonya dan pakaian menjolok mata, dari komen si Jupe ni dah tau dia ni jenis apa..lain dengan pelakon luar seperi Randy Pangalila yang pandai bawa diri, tak pernah buat hal atau biadap, bukan nak bela Randy :) tetapi jauh beza dengan Jupe ni. Cuba lihat pelawak Saywho yang selalu pandai ambik hati orang Malaysia.  Kalau dah masuk negara orang berbuat baiklah, pandai2 bawa diri orang kata. Jangan berlagak sombong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold