Video Gambar Majlis Resepsi Ella dan Azhar

Pada 1 Disember lalu penyanyi rock Ella dan pasangannya Azhar diraikan dalam majlis resepsi yang menarik dan meriah. Ratu rock Ella telah membuat persembahan bersama suaminya Azhar. Kedua pasangan ini sangat sempoi, Azhar boleh menyanyi dan juga bermain muzik memang sepadan dengan Ella :) mat rock dan minah rock

Amy Search yang juga abang angkat kepada Azhar memberikan peluang kepada Azhar untuk menyanyikan beberapa baris lagu Rozana di majlis itu..classs

Majlis persandingan Ella dan Azhar bertemakan chandelier’ klasik, malam itu  Bon Jova Accoustic yang merupakan sahabat handai Azhar membuat persembahan sebagai halwa telinga sambil menikmati  hidangan yang disediakan.

Pasangan mempelai kemudiannya menukar busana masing-masing untuk upacara memotong kek. Ella kelihatan sungguh ayu dengan busana kedua rekaan Rizman Ruzaini yang berwarna merah jambu manakala Azhar pula kelihatan kacak dengan sut kelabu yang dikenakan.

Video gambar majlis resepsi Ella dan Azhar 1 disember

Perkenalan Ella dan Azhar

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Video Gambar Majlis Resepsi Ella dan Azhar”

  1. akubiomed says:

    Sama padan bak pinan di belah dua.
    akubiomed recently posted..Apple iPhone 5 akan bakal masuk pasaran Malaysia

  2. Norizwan says:

    steady la pasangan ni…. :)
    Norizwan recently posted..Maharaja lawak mega 2012 episod 4

  3. tirahzairi says:

    semoga mereka kekal…

    singgah sini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold