Ummi Hafilda Bakal Kahwin Dengan Pakar Kecantikan Dr Zaman Khan

Ummi Hafilda 45, tidak sangka pertemuan singkat dengan pakar kecantikan Dr Noor Zaman Khan 33 , yang berasal dari Pakistan membawa kepada keputusan untuk berkahwin. Ummi masih lagi merahsiakan tarikh dan lokasi di mana dia akan berkahwin dengan Zaman Khan seorang pakar dalam bidang Physician & Cosmetologist dan mempunyai perniagaan sendiri di Malaysia.Gambar Ummi Hafilda dan Dr Noor Zaman Khan

kata Ummi, dia berkenalan dengan Zaman Khan semasa menerima rawatan kulit di klinik doktor itu dan perkenalan mereka rapat sejak 3 bulan lalu.

Bagi saya, perkahwinan ini terlalu awal, tetapi dia berjaya meyakinkan ibu saya, malah dia mengambil berat terhadap ibu saya. Ini yang menyentuh hati saya.

“Dua perkara yang membuatkan saya tertarik pada dia. Pertama, dia mengambil berat terhadap keluarganya dan keluarga saya. Kedua, dia menjaga solat,”

 

Ketika ditanya sama ada Azmin bakal dijemput, Ummi menjawab, “saya tak nak jadi hipokrit. Saya tak dapat menjemput dia bukan kerana politik.”

“Kalau saya jemput pun dia tak akan hadir. Sedangkan anak saudara kami berkahwin pun dia tidak hadir… pergi majlis orang lain boleh.

“Malah, dia sudah anggap saya musuh, bukan adik,” jelasnya.

Menurut Ummi Hafilda, aktiviti politiknya tidak akan terhenti selepas berkahwin memandangkan itu prioriti utamanya.

“Saya sudah jelaskan pada bakal suami bahawa hal berkaitan parti adalah prioriti saya, peribadi jatuh nombor dua atau tiga.

“Saya tetap akan aktif berpolitik dan alhamdulillah, dia faham,”

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold