Sinopsis Bikers Kental

Filem baru Bikers Kental yang dibarisi pelakon seperti Awie, Zizan Razak, Zul Ariffin Amirul,Bront Palarae, Harun Salim Bachik, serta 2 pelakon dari Thai PHONKANOK WONGSAROT (Nam Nueng) ,PORNVIPA RATCHAGARUNE ( Leeleng ) adalah arahan Helmi Yusof.

Bikers Kental menelan belanja sebanyak 1.7 juta dan merupakan usaha sama penerbit Tayangan Unggul dan Calif work Studios.

Sinopsis Bikers Kental

 

 

Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa lakonan Zizan Razak, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa.

Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil.

Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi.

 

Bagaimanakah nanti sambutan terhadap filem yang memaparkan kisah penunggang motorsikal berkuasa besar ini? barisan pelakon pun hebat hebat ada Awie, Zizan Razak, mesti ada aksi lucu dan lawak dalam filem ni.

Pengarah filem ni, Helmi Yusof ini jugak meminati motorsikal kuasa besar, kalau siapa tahu dia merupakan suami kepada Dira Abu Zahar yang juga penunggang motorsikal besar. Awie pula memang dah diketahui ramai sukakan motorsikal besar sejak lama dulu.

Kita tunggu saja filem ini di pawagam nanti :)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold