Shila Amzah Bakal Persembahkan Patah Seribu di Miami (Saksikan Live Nanti)

Jika Shila Amzah tidak ada masalah visa di Miami esok, 22 Disember  dia bakal mempersembahkan lagu Patah Seribu di World Music Awards (WMA 2012)  di Florida Miami Amerika Syarikat. Bagi peminat Shila Amzah semua, anda mungkin dapat menyaksikan secara llive persembahan Shila di WMA itu melalui laman http://m.ustream.tv/channel/world-music-awards

kira -kira jam 1 petang waktu Malaysia esok.

Lagu Patah Seribu ciptaan Shila sendiri dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di AIM19 selepas ianya memenangi kategori Lagu Pop Terbaik.

Shila Amzah tercalon dalam 2 kategori di WMA iaitu  Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012, bersaing dengan Adele, Rihanna, Alicia Key, Katy Perry, Kelly Clarkson dan Jesie J.

Pada WMA edisi ke 23 itu, menampilkan lebih 200 selebriti terkenal dunia menerusi 9 kategori yang dipertandingkan iaitu Best Song, Best Album, Best Video, Best Group, Best Female Artist, Best Male Atrist, Best Live Act, Best Electronic Music Artist dan Best Entertainer Of The Year.
Ia adalah majlis berprestij yang mengiktiraf artis berdasarkan rekod jualan album dan lagu di seluruh dunia.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Shila Amzah Bakal Persembahkan Patah Seribu di Miami (Saksikan Live Nanti)”

  1. akubiomed says:

    Wah hebat satu dunia dapat melihat persembahan beliau.
    akubiomed recently posted..Terima kasih untuk hadiah itu

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold