Serina Redzuawan Guna Gambar Palsu Untuk Produk Slim?

Di laman forum cari dan juga rotikaya, pelakon Serina Redzuawan dikatakan menggunakan gambar orang slim palsu untuk memprosmosikan produk slimnya. Gambar lelaki berbadan gempal dan kemudian menjadi kurus itu dimuatnaik di facebook dan twitter untuk promosi produk slim itu. Lelaki  berkenaan kemudian memberi komen di facebook bahawa gambar itu memang gambar dia

tetapi dia tidak mengambil sebarang produk slim dari Serina.

 

Nampaknya lelaki berkenaan sudah pun membuat laporan polis mengenai gambarnya yang disalahgunakan oleh pihak mempromosikan produk slim badan tu.

Jawapan dari Serina dipetik dari mstar online

Serina menafikan dia menipu peminat mengenai gambar seorang lelaki dalam promosi produk slim di facebook. Serina kini berada di London tidak tahu menahu mengenai gambar itu, dia hanya mengambil gambar itu dari agen produk berkenaan , dan ahli lain juga ada berkongsi gambar yang serupa.

“Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana berada di London dan gambar yang dimaksudkan hanya di ambil menerusi Internet selepas ia dikongsi oleh ahli lain di laman Facebook saya.

“Malah gambar itu bukan saya sahaja yang kongsi di Facebook tetapi ahli-ahli lain juga,”

Apa kata Serina buktikan sendiri dengan transformasi badannya dari yang terkini dan menjadi slim..baru orang caya kot  :)

Saya tidak pernah kacau hidup sesiapa dan biarlah saya cari rezeki dengan cara yang halal. Walaupun saya ni seorang artis tetapi perniagaan adalah satu bidang yang saya suka. “Saya tidak faham mengapa ada orang yang suka memburuk-burukkan hidup orang lain,”

 

Baik juga kalau Serina minta maaf kat tuan gambar tu sebab dia pun tag gambar dari sumber dia tak pasti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold