Penggodam Email Scarlett Johansson Dipenjara 10 Tahun

Seorang penggodam telah mengaku bersalah kerana menggodam email pelakon Scarlett Johansson dan menyebarkan gambar bogel pelakon The Avengers itu. Penggodam berusia 35 tahun bernama Christopher Chaney didenda sebanyak AS $66,179 (RM202,112) dan dipenjara 10 tahun.

Gambar bogel Scarlett itu diambil sendiri oleh Scarlett untuk diberikan pada Ryan Reynolds, yang pernah menjadi suaminya pada suatu ketika dulu dan telah pun dimuat naik di Internet.

Chaney walaubagaimana pun tetap berasa bangga dan puas hati kerana dapat menggodam email selebriti itu dan berjaya membuktikan apa yang dilakukan pada seseorang.

Chaney menggodam email dengan cara menekan butang “lupa kata kunci” yang terdapat di akaun emel, sebelum menjawab soalan sekuriti yang mana jawapannya boleh didapati di maklumat awam selebriti yang terdapat di Internet.

Setelah berjaya mendapat akses, gambar peribadi, kontrak perniagaan, skrip dan pelbagai dokumen lain dimuat turun. Beliau turut menyamar sebagai salah seorang rakan mangsa untuk meminta gambar peribadi dari kenalan mereka.

 

Dalam sebuah kenyataan akhbar, pihak perundangan AS memberikan amaran kepada rakyat untuk lebih berhati-hati dalam menjaga identiti dan butir-butir peribadi yang dikongsi di Internet agar tidak disalahguna dan dicuri.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Penggodam Email Scarlett Johansson Dipenjara 10 Tahun”

  1. akubiomed says:

    Kena tanggung akibat.
    akubiomed recently posted..Coconut Shake Klebang Aku datang

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold