Pemuda Kudung Tak Sangka Dapat Jodoh

Pemuda Iraq yang kudung  kedua-dua tangan ini tidak menyangka akan mendapat jodoh. Ali Abbas, 23 berkahwin dengan rakan baik sejak kecil, Ankam Hamza , 18. Ali kudung tangan akibat serangan peluru berpandu AS semasa perang Iraq , ketika itu dia baru berusia 12 tahun.

Dalam serangan pada tahun 2003, tubuhnya 60 peratus terbakar dan kehilangan 16 anggota keluarganya, termasuk ibu bapanya. Akibat serangan itu dia mengalami trauma dan masih terdengar-dengar jeritan ahli keluraganya, dia masih terbayang bagaimana api dari bumbung jatuh dan membakar hangus rumah mereka. Ali diselamatkan oleh jirannya seorang pemandu teksi.

Gambar penderitaan Ali itu tersebar ke seluruh dunia dan dia menjadi wajah ikon. Kata Ali, dia tidak sangka diberi peluang untuk terus hidup.

Ali masih ingat Ankam kerana bapa Ankam ialah orang menjaganya ketika dia terlantar di hospital sebelum diterbangkan ke UK untuk rawatan. Dia tidak menyangka dengan keadaannya yang cacat dia akan berkahwin sehinggalah pada tahun 2010, dia pulang ke Iraq. Di sana dia bertemu kembali dengan Ankam, dan saudara perempuannya yang berkawan dengan Ankam bergurau untuk menjodohkan dia dan Ankam.

Ali sangat malu untuk bercakap secara langsung dengan Ankam mengenai niatnya untuk menjadikan Ankam isteri, dia kemudian meminta izin dari ibu Ankam untuk berjumpa dengan gadis itu dan meluahkan hasratnya  untuk berkahwin dengan Ankam.

Ali terharu apabila Ankam sanggup menerima segala kekurangan dirinya.

“Saya tak pernah membayangkan dapat mencintai seorang wanita dan yang paling pasti, tidak sangka ada peluang berkahwin,” katanya. Menurut Ali, pada hari pernikahan, emosinya bercampur-baur antara sedih dan gembira.

“Memang saya tahu Ankam adalah pilihan tepat kerana dia tidak pernah membiarkan saya terfikir bahawa saya memiliki kekurangan.

“Apabila bersama Ankam, saya berasa seperti lelaki normal,”

Ali kini menjadi warganegara Britain selepas berjaya dalam ujian kewarganegaraan UK pada tahun 2010.

Gambar Ali dan isterinya

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pemuda Kudung Tak Sangka Dapat Jodoh”

  1. akubiomed says:

    Sekejap beliau menjadi seorang lelaki kacak. Masih teringatkan beliau menahan sakit akibat kesan serangan oleh pihak Israel.
    akubiomed recently posted..Mohd Chan Abdullah destinasi makan makan di Bangi

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold