Pelesit Jalanan – Majalah 3 Minta Maaf

Selepas terkantoi dengan penyebaran gambar penunggang superbike duk berposing depan helikopter (klik sini), dan setelah seminggu pihak biker -bikers meluahkan rasa tak puas hati dengan laporan tak betul dari Majalah3 tu, hari ni pihak Majalah 3 memohon maaf dan memberitahu hal sebenar , yang 2 penunggang yang sedang beraksi atas lebuhraya dalam segmen Pelesit Jalanan yg disiarkan pada 8 Disember itu hanya lakonan semula dan bukan aksi sebenar.

Ramai pihak mahu tahu hal sebenar, betulkah rakaman itu lakonan semula atau  aksi spontan, soalan itu diajukan pada wartawan Mazidul Akmal , tetapi Mazidul tidak memberikan jawapan di twitter dan facebooknya.

 

Dipetik dari facebook Majalah 3, permohonan maaf dari pihak tv3 atas salah laporan itu, Segmen itu adalah dibuat atas kerjasama dengan pihak JPJ untuk menyedarkan pihak pengguna jalanraya.

 

Mungkin dengan permohonan maaf dari Majalah 3 ini , para bikers bikers luar sana berpuas hati :). Baguslah pihak Majalah 3 minta maaf daripada terus berdiam diri saja, ini berkaitan kredibiliti pihak tv3 juga, jangan sampai penonton hilang kepercayaan nanti.

 

nurizspace

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Pelesit Jalanan – Majalah 3 Minta Maaf”

  1. _tv3_kakibohong says:

    TV3 mengaku bohong akhirnya. Mazidul ****** tiada komen dalam facebook, ****?

  2. akubiomed says:

    Perkataan ‘Pelesit Jalanan’ kasar bunyinya dan siapalah yang memperkenalkan istilah ini.
    akubiomed recently posted..Membidik lagi di Bandar Hilir Melaka

  3. Cikgu Hairul says:

    Sekali orang tertipu, walau mintak maaf macam manapun kesannya tetap ada. Terimalah kau tv3!
    Cikgu Hairul recently posted..Alternatif Subscription Form

  4. mymz says:

    TV3 yang biasa menipu akan sentiasa menipu…jikalau tiada pembongkaran maka penipuan itu akan dianggap benar maka TV3 akan selamanya menipu mcm buletin utama..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold