Leuniey Terkilan Isu dengan Bapa Kandung Menjelang Hari Nikah

Dua hari lepas, bapa kandung Leuniey Natasha, Jaafar Mohamad, terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Jumaat ini.

Apek dan Leuniey ada datang berjumpa dengannya untuk meminta tandatangan pengesahan sebagai wali tetapi mereka berdua tidak menjemputnya ke majlis perkahwinan.

petikan dari Berita Harian

“Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu.

“Bagaimanapun, saya akan hadir jika dijemput, ”

“Walaupun agak terguris dengan cara itu (meminta tandatangan), saya terpaksa memenuhi permintaan mereka yang akan melangsungkan perkahwinan Jumaat ini,”

“Walaupun (Leuniey tidak membesar dalam jagaan saya, saya masih tetap ayahnya, dan sepatutnya hadir pada majlis itu,”

 

 

komen Leuniey

“Saya terkilan dengan kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi tatapan ramai.

“Tetapi saya cuma anggap hal itu berlaku kerana ayah mungkin terlalu beremosi pada ketika itu. Mungkin juga dia inginkan perhatian daripada saya sebagai seorang anak, entah saya tidak pasti.

“Apa-apa pun, perkara ini benar-benar buatkan saya kecewa kerana banyak lagi urusan perkahwinan yang perlu diselesaikan,”

Leuniey berkata keputusannya untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan bukanlah disebabkan kenyataan media semalam yang melaporkan Jaafar tidak dijemput sebaliknya ia disebabkan oleh Leuniey sendiri yang berjanji untuk menyerahkan kad jemputan tersebut kepada bapanya.

Dalam pada itu, Leuniey menjelaskan dia tidak menyalahkan Jaafar yang telah membuat kenyataan kepada media semalam kerana dia faham akan situasi bapa kandungnya itu. Dan sebagai anak, dia memang berharapkan kehadiran bapa kandung pada majlis paling bersejarah dalam hidupnya itu nanti.

Leuniey juga turut menjemput ibu tiri dan adik kandungnya ke majlis itu namun mereka berdua berkata mereka hanya akan hadir sekiranya Jaafar turut hadir ke majlis berkenaan.

 

*****************

Diharapkan kemelut dua beranak ini dapat diselesaikan, buang yg keruh ambil yg jernih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Leuniey Terkilan Isu dengan Bapa Kandung Menjelang Hari Nikah”

  1. akubiomed says:

    Cerita yang kurang enak didengari.
    akubiomed recently posted..Terima kasih untuk hadiah itu

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold