Julia Perez Kena Penjara 3 Bulan

Julia Perez sekarang makin popular dan hot, dengan isu permit dan komen pedas dia di twitter mengenai drama Malaysia, kemudian perang mulut dengan Zed Zaidi, di seberang, Julia telah dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan. Bukan penjara sebab permit tetapi sebab dia bergaduh dengan rakan artis iaitu Dewi Persik.

Haha!! nampaknya Jupe ni memang popular meledak-ledak sekarang di sini dan juga seberang,  tetapi popular dengan berita kurang enak, nak buat apa.

saya suka gambar Jupe tiada permit ni huhu

 

Berita dari laman web  mstar online:

Keputusan Mahkamah Agung di sini pada Jumaat menetapkan aktres seksi Julia Perez (Jupe) dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan dalam waktu terdekat susulan kes pergaduhannya dengan aktres Dewi Perssik pada November 2010.

“Keputusan perbicaraan menetapkan hukuman penjara tiga bulan. Hakim juga memerintahkan tertuduh (Jupe) segera dipenjarakan,” ujar seorang sumber di mahkamah berkenaan ketika dihubungi Kapanlagi di sini, Jumaat.

Kes perbicaraan di antara dua penyanyi dangdut ini bermula ketika mereka menjalani penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada November 2010.

Difahamhkan Dewi memfailkan kes ke atas Jupe selepas mereka bergaduh di set penggambaran filem itu.

Dalam keputusan itu, ketua hakim Dr Artidjo Alkostar dan dua hakim anggota Prof Gayus Lumbuun dan Dr Salman Luthan mendapati Jupe bersalah kerana bertindak kasar dan melakukan penganiayaan ke atas pasangan pelakonnya Dewi Perssik ketika penggambaran filem terbabit.

“Ketiga-tiga hakim memutuskan tertuduh (Jupe) bersalah. Keputusan itu diambil sebulat suara tanpa ada sebarang percanggahan atau perbezaan pendapat,”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold