Pergaduhan di Sungai Petani Terkawal Polis Nasihat Jangan Sebar Maklumat Palsu

Isu pergaduhan kaum yang dilaporkan berlaku di Sungai Petani pada 16 Disember kini terkawal dan pihak polis menasihat orang awam bertenang dan jangan menyebarkan maklumat dan gambar palsu yang belum pasti kebenarannya. Orang ramai memang nak tahu mengenai kejadian sebenar dan di laman laman facebook dan twitter serta blog blog ada yang meletakkan gambar orang cedera dan sebagainya..

diharap janganlah kita menyebarkan maklumat yang kita sendiri tidak pasti dan akan mengeruhkan lagi keadaan.

Melalui laman facebook Pihak Polis Diraja Malaysia , antara nasihat pihak polis,

STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI:
Dato’ Abdul Ghaffar Rajab, Timbalan Ketua Polis Kedah melalui sidang media yang diadakan di IPD Kuala Muda memaklumkan, keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Kuala Muda adalah selamat dan terkawal walaupun telah berlaku insiden pergaduhan antara beberapa individu yang bermula pada awal pagi 16/12/2012.
Sehingga kini, seramai 34 orang telah ditahan untuk membantu siasatan. Seramai 8 orang mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan seorang daripadanya telah dibenarkan keluar.

KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Ketua Polis Kedah, Dato’ Ahmad bin Ibrahim menyeru orang ramai menghentikan perbuatan menyebarkan maklumat palsu dan tidak sahih mengenai kejadian pergaduhan di Sungai. Petani. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang menyebarkan berita palsu berkenaan kes tersebut. Orang ramai boleh menghantar sebarang maklumat dan pertanyaan di Inbox Facebook Rasmi Polis Kedah

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pergaduhan di Sungai Petani Terkawal Polis Nasihat Jangan Sebar Maklumat Palsu”

  1. akubiomed says:

    Harap semua pihak dapat kawal perasaan dan kekalkan keamanan yang telah dikecapi.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold