Hilangkan Jerawat dengan Soda Bikarbonat

Selain menggunakan soda bikarbonat dalam kuih muih, rupanya ia bagus untuk memutihkan kulit dan menghilangkan jerawat di muka. kalau nak putihkan gigi, cuma tambahkan soda bikarbonat dengan sedikit air dan jadikan pes, sapukan pada gigi, seminggu 3 kali.

Kalau nak hilangkan jerawat dan parut jerawat  pula, bancuhkan soda dengan jus lemon/limau nipis dan sapukan di muka, biarkan 15 hingga 20 minit. Cuba tengok tindakbalas, kalau tidak meninggalkan kesan negatif , boleh amalkan, tetapi kulit wajah orang tak sama dengan orang lain , jadi kena tengok juga sesuai ke tak sesuai dengan kulit muka.

Kebaikan limau nipis/lemon

Lemon atau limau nipis mempunayi asid sitrik yang bagus untuk  rawat kulit berminyak, jus limau atau lemon dapat menembusi rongga kulit dan membuang kekotoran dan mengelakkan jerawat serta bintik hitam berlaku.

 

Cara-cara

Basuh kulit muka bersih-bersih.

Campurkan 2 sudu soda penaik, 1/4 cawan jus lemon/limau nipis dalam mangkuk. Kacau dan sapu di muka.

Biarkan 15 minit dan bilas wajah dengan air suam.

 

Cara lain membuat mask / topeng  dengan yogurt dan soda bikarbonat

Buat mask atau topeng untuk rawat kulit berminyak, hanya guna bahan yang boleh dapat di kedai dan tak mahal.

Campurkan 1/4 cawan yogurt rendah lemak, 2 sudu besar jus lemon, 2 sudu soda penaik dan telur besar putih dalam mangkuk. Pukul dengan garpu sehingga bahan-bahan  jadi berkrim. Sapukan di muka biar selama 15 minit-20 min.

 

Soda bikrbonat untuk kulit kena gigitan nyamuk atau semut

Soda bikarbonat juga boleh rawat kulit yang kena gigit semut api atau pun nyamuk, buat pes soda dengan air biasa dan sapu pada tempat kena gigitan tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold