(Gambar)Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Setiawangsa

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, di sini, malam tadi.

Pemeriksaan online di laman sosial Twitter mendapati ramai melaporkan tentang kejadian tersebut yang berlaku di puncak Bukit Setiawangsa.

Harian Metro melaporkan benteng konkrit setinggi bangunan 25 tingkat telah runtuh di kawasan tersebut dan ini mengakibatkan satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa tertimbus.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Gambar tanah runtuh di Bukit Setiawangsa

gambar dari twitter

 

Menurut Bernama, lokasi kejadian tidak jauh dari rumah ahli parlimen Setiawangsa, Dato’ Sri Zulhasnan Rafique dan juga beberapa orang ahli politik lain.

Laporan dari akaun Twitter rasmi Bernama mengatakan jalan utama di Bukit Setiawangsa pada mulanya ditutup kepada kenderaan. Namun, pada 12.01 tengah malam, sebelah jalan telah dibuka untuk membenarkan penduduk pulang ke rumah masing-masing.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, pihak PDRM, serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA) berada di lokasi untuk mengawal keadaan.

Sinar Harian Online melaporkan kejadian dipercayai bermula pada jam 9 malam.

Sehingga lewat malam, pergerakan tanah masih tidak stabil dan penghuni beberapa buah banglo di kawasan itu telah diarahkan oleh pihak berkuasa untuk meninggalkan rumah mereka.

Melalui petikan Kosmo Online, dalam kejadian tanah runtuh semalam, kira-kira 15 hingga 20 buah rumah banglo di atas kawasan bukit Jalan Puncak Setiawangsa 2 di sini dengan tiga daripadanya berada pada tahap zon kritikal.

Difahamkan, antara rumah yang terjejas milik bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang juga ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan seorang warga asing dikenali sebagai Maulana.

Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin berkata, penduduk di kawasan yang terjejas telah diarahkan berpindah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

“Keadaan sekarang sangat bahaya kerana masih berlaku pergerakan tanah. Apa yang kita bimbang ialah lebih banyak rumah lain akan turut terjejas,”

sumber: Bernama ,Sinar Harian, Kosmo Online, Harian Metro  &Malaysian Digest

Gambar dari twitter

 

nurizspace.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “(Gambar)Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Setiawangsa”

  1. akubiomed says:

    Hujan yang lebat beberapa hari ini mungkin memberi kesan kepada pergerakkan tanah
    akubiomed recently posted..Perkhidmatan Pesakit Luar Hospital perlu transformasi Part 1

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold