Gambar Majlis Resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle di Putrajaya

Pada 1 Disember lalu telah berlangsung majlis persandingan dan majlis resepsi pasangan pengantin Farid Kamil dan Diana Danielle yang dibuat di Taman Ekuestrian Putrajaya. Majlis persandingan mereka bertemakan open air atau Barbeque Wedding , Farid dan Diana sendiri mengimpikan majlis seperti itu.

Sangat meriah suasana majlis seperti menyambut perkhawinan anak raja. Sekitar jam 8.30 malam, pasangan mempelai tiba dan istimewa mereka diarak dengan menaiki kereta kuda hingga ke perkarangan pintu masuk menuju ke pelamin yang tersergam indah.

Farid mengenakan pakaian seragam PDRM yang ditempah khas, sepasukan anggota PDRM sebagai simbolik Farid yang kini sedang dalam latihan sebagai anggota polis bantuan PDRM. Sebagai menambahkan lagi gimik, mereka turut berjalan melalui bawah pedang.

Farid Kamil dan Diana dapat hadiah BMW

Tetamu disajikan dengan persembahan kuda daripada Unit Berkuda PDRM. Persembahan tersebut dibuat khas atas permintaan Farid sendiri melibatkan sebanyak 8 ekor kuda untuk perarakan Team Paging.

Lebih istimewa, bapa kepada Farid iaitu Dato’ Dr. Zahari telah menghadiahkan suami isteri sebuah kereta jenis BMW X6 sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Majlis resepsi sebelah lelaki, 12 Disember di Kedah

Farid dan Diana akan mengadakan satu lagi majlis resepsi. Majlis sambut menantu tersebut akan berlangsung pada 12 Disember ini, dikampung halaman Farid iaitu di Jitra, Kedah.

Antara gambar persandingan Farid Kamil dan Diana Danielle

Diana Danielle semakin berseri seri , kini sudah 1 bulan hamil

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gambar Majlis Resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle di Putrajaya”

  1. akubiomed says:

    Sesuatu kelainan majlis resepsi mereka berdua.
    akubiomed recently posted..Aktiviti bapa dan anak di hujung minggu

  2. Norizwan says:

    untung ler dapat hadiah BMW X6 gilo ahhh…
    Norizwan recently posted..Pertama kali terjah I-City Shah Alam

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold