Gambar Afdlin Shauki Bersama Artis Lain di Palestin

Semalam bermula misi bantuan kemanusiaan delegasi Aqsa Sharif ke Palestin, delegasi itu disertai oleh Afdlin Shauki, Bront Palarae,Zain Saidin bersama 6 kru Vision Works beserta team badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Bantuan yang diberikan berupa makanan, keperluan asas lain.

Rakyat Palestin sayang Malaysia

kata Afdlin, mereka disambut dengan gembira , ada kanak -kanak yang tak mahu melepaskannya dan begitu seronok dengan kehadiran mereka di sana..

“Rasa terlalu rendah diri bila Timbalan Perdana Menteri Palestin Ziad Alzaza menjemput saya dan rakan-rakan Aqsa Syarif bersama di majlis ini. Mereka betul-betul sayangkan Malaysia kerana tak henti-henti menyokong mereka,

” Alhamdulillah hari ini sempat bersama anak anak di tadika Raudah Jabaliyya yang terdiri dari anak-anak yatim piatu. Anak anak ni meraikan kita dengan membaca ayat ayat quran dan lagu-lagu semangat palestin. Tersentuh betul hati, meruntun jiwa saya melihat keikhlasan mereka.

“Rasa macam tak nak balik… cikgu mereka kata mereka nak Ammu Afdlin datang ke tadika mereka hari-hari…. berat betul nak meninggalkan mereka. Insyaa allah Ammu akan kembali,”

 

Dalam pada itu, delegasi Aqsa Syarif telah menziarahi kawasan rumah keluarga Dalwu dimana 12 orang sekeluarga dan 4 darinya adalah kanak kanak yang mati syahid serta bangunan perjumpaan untuk ahli-ahli parlimen dan tetamu kerajaan Palestin yang di bedil 4 roket bom 1 ton f16.

Mereka juga turut bersolat Zohor dan Asar di Masjid Al Ehsan yang ditubuhkan dalam 1970 oleh Syeikh Ahmad Yassin. Masjid tersebut turut dibedil oleh zionis.

 


Untuk semua rakyat Malaysia, teruskan membantu Palestine dengan menyalurkan derma di Tabung Palestine yang telah diwujudkan beberapa NGO termasuk Aqsa Syarif.

sumber :murai.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Afdlin Shauki Bersama Artis Lain di Palestin”

  1. akubiomed says:

    Satu usaha murni. Agar mesej keamanan dapat disampaikan.
    akubiomed recently posted..Apple iPhone 5 akan bakal masuk pasaran Malaysia

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold