Gadis Mangsa Rogol Meninggal Dunia Dibawa Pulang Ke India

Gadis berusia 23 tahun mangsa rogol di Delhi meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth Singapore pada 4.45 pagi semalam. Mayat gadis itu diterbangkan balik ke India untuk pengebumian. Gadis yang dirahsiakan identitinya itu adalah seorang pelajar perubatan.

Dia diterbangkan ke Singapura dalam keadaan kritikal oleh kerajaan India untuk rawatan pakar. Doktor yang merawatnya mendapati dia mengalami kecederaan dalaman yang serius, banyak organ tidak berfungsi.

Pada malam 16 Disember gadis itu pulang dari menonton wayang dengan teman lelaki, mereka telah dipukul oleh 6 lelaki dengan rod besi , bagaimanapun teman lelakinya terselamat dari serangan beramai-ramai itu.

Enam lelaki mabuk itu berjaya melepasi pemeriksaan polis kerana bas yang dinaiki bercermin gelap.

Serangan itu telah mencetuskan perdebatan sengit buat kali pertama mengenai rawatan wanita dan sikap ke arah jenayah seks.
Kebanyakan kes rogol di India  tidak dilaporkan, ramai pesalah gagal dihukum.

Enam suspek yang menyerang dan merogol gadis berkenaan telah ditangkap, jika mereka didapati bersalah, mereka berdepan dengan hukuman mati.

 

Beribu penunjuk perasan memasang lilin dan menanti ketibaan mayat gadis berkenaan, mereka meminta penjenayah dihukum gantung tanpa pengampunan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold