Fazurina Akan Jelaskan Isu Kahwin Lari

Pelakon Fazurina atau nama sebenar Siti Fazurina Mohd Famir dilaporkan di media  telah berkahwin secara senyap tanpa restu keluarga dengan jejaka bernama Hykal Zulkifili di Pulau Pinang pada petang semalam. Seorang ahli keluarga Fazurina pula ada menulis di facebook yang Fazurina telah membuatkan hati ibunya sakit bagai dicucuk cucuk kerana perkahwinan itu.

 

 

 

Fazurina  30, melangsungkan pernikahan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

 

Melalui mstar online, sumber terdekat keluarga Fazurina memberitahu

“Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

“Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya,

“Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu.

“Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

“Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki,”

Pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.

Dari laman hiburan gua.com.my pula, Fazurina dihubungi dan diminta menjelaskan isu kahwin lari itu, dia bagaianapun terkejut dan tidak sangka isu itu  menjadi heboh. Fazurina akan menjelaskan perkara tersebut dalam masa terdekat. Dia kini dengan suami berada di Pulau Pinang.

“Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara ‘face to face’ untuk bercerita tentang perkara ini,”

Kalau boleh Rina tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebab kalau ikutkan, tiada sebarang isu pun. Tapi kalau pihak media menuntut penjelasan daripada Rina dan suami, Rina tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Rina akan buat sidang media dalam waktu terdekat untuk jelaskan semuanya. Mungkin dalam bulan ini juga. Rina akan maklumkan kemudian nanti,”

Fazurina juga sempat memohon maaf kepada pihak media kerana tidak menghantar jemputan bagi menghadiri majlis pernikahannya pada Khamis lalu. Bagaimanapun, Fazurina berjanji akan menjemput pihak media untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinannya pada 9 Februari hadapan.

“Lokasi belum boleh dimaklumkan lagi sebab tak tahu hendak buat di mana. Namun yang pasti, Rina akan buat di Pulau Pinang sebab Hykal orang sini dan sanak-saudara Rina juga ramai di sini,” ujar Fazurina yang masih berada di Pulau Pinang.

Bercerita mengenai suaminya

Hykal merupakan rakan perniagaanya sebelum ini. Selain itu, Hykal juga terlibat dengan kerja-kerja pembinaan.

“Hykal bukan pengurus Rina, sebaliknya dia adalah rakan perniagaan untuk produksi yang Rina miliki. Selain itu, Hykal juga mempunyai perniagaan dalam kerja-kerja pembinaan,”

 

************************************

Semoga dia mendapat jalan penyelesaian yg baik kepada dirinya dan juga keluarganya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold