Farid Kamil Tidak Dikenakan Tindakan Tetapi Akan Diberi Surat Teguran

Berkisar tentang isu pakaian tentera yang dipakai oleh Farid Kamil dalam majlis perkahwinannya dan mendapat pelbagai komen, hari ini dalam laporan mstar online, Farid Kamil tidak dikenakan tindakan undang-undang tetapi hanya akan diberi surat teguran kepadanya.

Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.

“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.

Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,”

 

Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.

“Pakaian yang digunakan semasa “sword bearer” (lalu bawah pedang) itu bukan uniform rasmi polis malah tiada lencana yang dipakai anggota beruniform itu. Jadi ia bukan satu kesalahan. Cuma ia sedikit mengelirukan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan Zulkifli memberitahu, Farid hanya mengemukakan surat permohonan rasmi kepada pihaknya untuk menggunakan khidmat pasukan berkuda bagi mengiringi perkahwinannya dan ia telah diluluskan tanpa sebarang masalah.

“Farid telah banyak bekerjasama dengan pihak PDRM sebelum ini dalam pelbagai acara yang mungkin tidak diketahui umum dan rasanya tidak menjadi masalah bagi pihak PDRM untuk membantu melancarkan perkahwinannya.

“Malah beliau juga adalah anggota pasukan simpanan PDRM,”

mstar online

Nasib baik Farid Kamil hanya diberi surat teguran kalau tidak menangislah Diana Danielle lagi dah la baru je berbadan dua dan nak kecapi bahagia sebagai suami isteri.Semoga isu ini memberi pengajaran buat semua.

Esok resespi Farid dan Diana di taman tasik Jitra pula, mesti ramai peminat datang penuhi Darulaman Park, agak agak FK nak bawa kuda lagi tak esok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Farid Kamil Tidak Dikenakan Tindakan Tetapi Akan Diberi Surat Teguran”

  1. akubiomed says:

    Saya berpendapat Farid Kamil naif mengenai hal ini. Apa pun mesej teguran jelas.
    akubiomed recently posted..Laksa Buyung dan Air Tebu Madu gandingan mantap

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold