Dazrin Kamaruddin Takut Kena Ugut Gara-gara Watak Johan

Peminat fanatik Adam dan Hawa ni semakin tak keruan ke sampaikan dan ugut-ugut Johan dalam Adam Hawa tu..ish ish!! bencikan watak Johan sampaikan bawa ke dunia realiti ye…Adam dan Hawa punya pasal lah ni kan,

Dazrin Kamaruddin berusia 24 tahun meluahkan perasaan takut dan bimbang apabila ada peminat fanatik yang sanggup mengugut di laman twitter mahu mencederakan dia jika bertemu di luar.

“Saya akui fenomena drama itu luar biasa. Jika sebelum ini Nadiya Nisaa menerima pelbagai rungutan dan kemarahan peminat kerana wataknya kini giliran saya pula

Drama itu membuatkan saya takut dan bimbang untuk keluar rumah sekarang. Ada (peminat) yang hantar mesej di Twitter mahu mencederakan saya kerana mereka marah dengan watak Johan dalam drama itu”

Dazrin yang memandu kereta Mitsubishi 2.0 GT Lancer yang dipakainya di dalam Adam dan Hawa juga akan dirosakkan oleh peminat jika terserempak di tempat parking..

“Bayangkan, kereta Mitsubishi putih yang digunakan Johan dalam drama itu pun turut terkena tempiasnya. Ada peminat yang ternampak kereta itu di luar menghantar mesej ugutan untuk mengetuk dan rosakkan kereta itu

Saya jadi gelabah juga kerana ia bukan kereta saya, sebaliknya kereta prop untuk penggambaran sahaja,”

contoh kereta yang dipakai Johan dalam drama Adam dan Hawa :)

Ada yang kata Johan membawakan watak yang buat orang benci dan meluat, mutu lakonan dia bagus lah tu..ye ke?  tapi tengok dalam Adam dan Hawa lakonan Johan biasa-biasa aja..yang buat  meluat tu sebab jalan cerita yang ditulis tu menjadikan watak Johan lelaki yang tak berpendirian dan dia sekejap nak kat Ain Hawani sekejap dia lari ke Azie..lepas tu dia pi  ke Eja..lakonan Dazrin bg saya le.. tu sekata cam gitu saja..cuma geram dengan jalan cerita yang agak meleret leret sikit pasal masalah Azie,  Johan dan Ain,

tapi sekarang dah episod 66 dah hampir nak sampai ke episod 80, dan Ain pun mengandung dah..tunggu la apa jadi malam ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Dazrin Kamaruddin Takut Kena Ugut Gara-gara Watak Johan”

  1. akubiomed says:

    Lakonan beliau telah meninggalkan kesan.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # terkejut boboi

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold