Bikers Naik Angin Dengan Segmen Pelesit Jalanan Majalah 3

Tengok jugak Majalah 3 Sabtu lalu yang mana ada satu segmen bertajuk Pelesit Jalanan, memaparkan aksi berbahaya penunggang motorsikal berkuasa besar di jalanraya/ lebuhraya. Dalam segmen itu wartawan Mazidul Akmal telah membuat liputan dan cara penyampaian  menunjukkan Mazidul sedang berada di lokasi Bukit Beruntung dengan helikopter dan merakamkan aksi berbahaya 2 penunggang secara live.

Dari dalam heli dan di atas tu Mazidul ada menyebut motorsikal berkuasa 1000 cc..wah dia tau berapa cc ye :)

masa tengok fuhh!!..laju betul motor tu, wartawan dapat bahan fresh-fresh le tayang kat tv, majalah 3 pulak tu..

memang selalu kalau drive di lebuhraya selalu ada nampak berselisih dgn penunggang motor besar yang laju memotong kenderaan.

Tak sangka pula segmen bertajuk Pelesit Jalanan itu telah menimbulkan kemarahan bikers bikers di Malaysia dan satu lagi pendedahan dari pihak bikers ini bahawa segmen yang ada dalam Majalah 3 itu hanya lakonan semula dan telah dirancang dgn bikers 2 orang dalam segmen itu. Tetapi ungkapan ‘lakonan semula’ tidak disebut dalam segmen tersebut.

Pendedahan dibuat kerana mereka tersinggung dengan cap pelesit jalanan yang diberikan kepada mereka( bikers2) dalam program Majalah3 yang ditonton ramai oleh rakyat Malaysia, mereka mahu Mazidul dan pihak tv3 memohon maaf kerana memberikan gambaran palsu terhadap mereka.

Kata salah seorang Bikers di Fb , mereka bukan mat rempit seperti di jalanan, mereka dari golongan professional, dan banyak terlibat dengan aktiviti lain untuk masyarakat dan mereka hanya mahu perkara yang benar dipaparkan kepada masyarakat.

 

sumber : https://www.facebook.com/apeyjal.kacung?ref=ts&fref=ts

 

video

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Bikers Naik Angin Dengan Segmen Pelesit Jalanan Majalah 3”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold