Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah Meninggal Dunia

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.

sumber : Bernama

Masih terngiang-ngiang suara penyampai pengumuman raya puasa dari penyimpan mohor besar raja-raja apabila nak menjelang hari raya setiap tahun dulu…nostalgia sangat. Pasti ramai kenal dengan wajah dalam gambar di bawah ni.

Alfatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah Meninggal Dunia”

  1. zia says:

    takziah buat kluarga allahyarham n al-fatihah, amin..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold