Bekas Anggota Kumpulan Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri

Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.

“Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah,” katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.

 sumber : Sinar Harian
dipetik  dari Harian Metro
Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam. Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

Video berita dari harian metro
Pernah masuk melodi pasal cerita mangsa ni sekitar bulan Mac
Ahli kumpulan Ruffedge terdiri dari 5 orang  iaitu

(Azan) Azan Addin bin Abdul Wahab – berasal dari Ipoh , lahir 11 Julai 1974
(Amer) Amer Munawer bin Yusoff – berasal dari Kedah, lahir 6 Okt 1977
(Mode) Syed Mohammad bin Syed Abdullah
(Cat) Farrish Zaquan bin Ramli, asal Perak, lahir 1974, juga aktif sbg pelakon

kemudian dianggotai oleh

  1. Azan Addin b. Abdul Wahab (Azan) ,
  2. Mohd Kamamaruzaman Zain b. Abdul Hamid (Zain), lahir 1978
  3. Irwan Iskandar Abidin (Iwan Jebat) , lahir 1975, asal Melaka, guru vokal,pernah berlakon sebagai Pak Atan dalam filem Mukhsin sebagai bapa Orkid
  4. Meor Zulkarnain Mohd. Zamhuri (Nine)
  5. Syed Hussein Syed Mustafa , asal Johor , lahir 1983, aktif berlakon

Gambar Ruffedge 2009

Dari kiri, Zain , Azan Iwan Jebat dan Nine

2008

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Bekas Anggota Kumpulan Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri”

  1. hjkggg says:

    forumer kata iwan yg belakon dalam filem mukhsin tu yg dituduh

  2. akubiomed says:

    Serius dakwaan dan kes berat.
    akubiomed recently posted..Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold