Bayi Koma Dipukul Bapa Kandung

Lagi berita mengenai kes penderaan ke atas anak anak yang tak berdosa. Sangat menyedihkan dan tak berperikemanusiaan, tak sanggup lagi nak mendengar dan membaca kisah kisah bayi dan kanak-kanak yang masih kecil tak tahu apa-apa tetapi mereka menjadi mangsa manusia tak berhati perut.

Berita dipetik dari Harian Metro, di Padang Besar, bayi baru berusia 38 hari koma setelah dipukul dan digoncang oleh bapa kandungnya.

Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.

Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.

Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.

Mahamud dari Jalan Padang Besar, dekat sini, berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh abang Junita ketika berada di Songkhla, Thailand.

Mahamud Hassan memberitahu , dia mensyaki Junita yang semasa mengandung didera dan dipukul oleh suaminya, dia pernah dikejarkan ke klinik beberapa kali tetapi tidak diketahui apa punca suaminya memukul Junita.

Menantunya itu telah ditangkap polis pada hari kejadian semasa cuba hendak meninggalkan rumah. Salah seorang adik Junita yang pergi melawat bayi tersebut mendapati bayi itu masih lagi tidak sedarkan diri.

sumber : Harian Metro dan Malaysian Digest

 

Sayangilah anak anak

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Bayi Koma Dipukul Bapa Kandung”

  1. akubiomed says:

    Kejam perbuatan terhadap bayi yang tidak berdosa. :-(
    akubiomed recently posted..Membidik lagi di Bandar Hilir Melaka

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold