Bapa Najwa Latif Kesal & Tak Mahu Najwa Jadi Anak Derhaka

Kisah mengenai penyanyi  remaja Najwa Latif yang berkonflik dengan bapanya pernah dipaparkan tak lama dulu di akhbar akhbar dam blog blog hiburan. Namun cerita itu senyap sahaja, kini muncul kembali apabila bapa kepada Najwa Latif sendiri telah menghubungi sebuah akhbar dan meluahkan isi hatinya.

Dalam petikan akhbar berkenaan bapa Najwa seperti tidak mampu lagi membendung rasa kecewa kerana anak -anaknya tidak mahu bertemu dengannya dan tidak langsung datang menemui dan menyambutnya selepas pulang dari tanah suci Mekah.

Artikel terdahulu mengenai konflik Najwa dan bapa kandungnya

Luahan hati bapa Najwa dari akhbar Berita Harian

Bukan berniat membuka pekung di dada, Latif lakukan semua ini kerana mahu anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia menutup mata.

Bagaimanapun, mengenangkan Najwa bakal menghadapi peperiksaan penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Latif yang juga seorang jurulatih renang tidak mahu tindakannya mengganggu tumpuan anak sehingga menjejaskan prestasi gadis berusia 17 tahun itu.
“Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.

“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian.

“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah Abdul Latif.

dari Rotikaya

“Mereka berkata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga — saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi disiplin anak”

“Selepas bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak anak baik. Kami sering keluar makan & ada kala menonton wayang bersama,” tambah beliau lagi.

“Hubungan kami mula dingin pada 2011 selepas saya menegur sikap mereka. Salahkah sebagai bapa saya menegur anak?” jelas Abdul Latif hari ini yang turut mendakwa Najwa Latif semakin lalai selepas mengecap populariti sebagai penyanyi.

“Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka akan menunggu — luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka yang tunjuk muka”

Najwa enggan komen

Ekoran dari laporan mengenai luahan hati bapanya, Najwa yang dihubungi pihak media, enggan memberikan komen dan kenyataan yang akan mengeruhkan keadaan dan mengaibkan lagi keluarganya

Sama ada saya kecewa atau tidak, saya terpaksa berhadapan dengan segala apa yang berlaku. Bagaimanapun, apa yang lebih penting saya perlu terus menjadi seorang yang kuat dan bersemangat untuk menghadapi semua itu.
Dalam perkara ini, saya cuma menganggap setiap perkara yang telah terjadi ini pasti ada hikmah di sebaliknya. Jadi, lebih baik sekiranya saya kembali fokus kepada kerjaya sahaja tanpa memikirkan perkara peribadi.

Najwa sudah bersedia untuk menceritakan hal yang sebenar?
Najwa : Saya minta maaf kerana tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang kerana isu yang timbul ini melibatkan keluarga. Kalau saya buka mulut dan bercerita, sudah tentu saya akan mengaibkan keluarga dan itulah perkara yang saya mahu elakkan sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Bapa Najwa Latif Kesal & Tak Mahu Najwa Jadi Anak Derhaka”

  1. akubiomed says:

    Harap krisis antara bapa dan anak tidak dipanjangkan dan dapat diselesaikan dengan baik. Lebih-lebih lagi ia telah menjadi bualan di media.
    akubiomed recently posted..Penyingkiran pertama Maharaja Lawak Mega 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold