Apek dan Leuniey Akan Dinikahkan Oleh Tuan Guru Nik Aziz

Melalui laman web hiburan murai.com, Apek atau nama sebenar Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Disember ini di kediaman Leuniey.

Berita tersebut telah disampaikan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Encik Nazri, mereka mendapat surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan memaklumkan hal tersebut

“Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi,”

Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun mendapat penajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.

Gambar pra perkahwinan Apek dan Leuniey

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Apek dan Leuniey Akan Dinikahkan Oleh Tuan Guru Nik Aziz”

  1. Kodet says:

    Macam2 lah Apek ni…
    Kodet recently posted..Sejarah Bola Sepak Piala Dunia

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold